Thursday, October 23, 2014

Video Skandal Seks Ustaz Azhar Idrus Merupakan Fitnah Terbesar Abad Ini..Bersiap sedia lah kita!

Ustaz Azhar Idrus bukanlah satu nama yang perlu diperkenalkan lagi sebagai pendakwah paling berpengaruh di Malaysia dan mempunyai ramai pengikut terutamanya anak muda yang ramai dari mereka dahulunya leka dengan dunia, tetapi kembali mendekatkan diri dengan agama melalui cara dakwah UAI yang menarik dan tersendiri untuk menambat hati anak muda mendekatkan diri pada Allah.

Populariti yang dikecapi UAI sebagai pendakwah tidak pernah membuatkan dirinya terhindar dari sifat busuk hati manusia. Satu demi satu cabaran dan dugaan datang menerjah hidupnya hinggakan wajahnya kini tidak kelihatan lagi di kaca TV hanya kerana beliau menyampaikan perkara benar yang sukar nak ditelan pihak-pihak yang berkuasa kerana terasa pedas. Anda perlu berdiam diri dan menyokong kejahilan dahulu, barulah wajah anda akan terpapar di kaca TV.

Hari ini, heboh seantero Malaya konon tersebarnya satu video skandal seks Ustaz Azhar Idrus berdurasi hampir 1 minit. Jika dilihat sekali imbas, raup wajah lelaki yang berada di dalam video tersebut tidak ubah seperti UAI yang memiliki janggut yang sangat familiar, cuma memiliki tona kulit yang tidak seperti UAI. Jangan tanya kami mana videonya, kerana tidak mungkin kami tak akan kongsikan di sini.

Dari gambar ini jelas menampakkan perbezaan tona kulit yang sangat ketara yang meninggalkan tanda tanya ianya mungkin lelaki mirip/pelanduk dua serupa dengan UAI.

Usaha jahat seperti ini biasa kita lihat melibatkan ahli politik seketikanya ingin tiba Pilihan Raya Umum dan kemudiannya akan berlalu senyap begitu sahaja tanpa khabar berita. Hari ini dugaan yang sama terpaksa dipikul oleh Ustaz Azhar Idrus. Manusia sememangnya tidak dapat lari dari hasad dengki dan dengan melihat seseorang itu jatuh tersungkur, hanya itu yang dapat memuaskan hati hitam mereka. Jika zaman Rasulullah sendiri dahulu pun tidak dapat lari dari sifat busuk hati manusia apa lagi di zaman serba moden ini, pelbagai cara digunakan untuk menjatuhkan seseorang oleh golongan fasik ini.

Allah SWT berfirman; "Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan" - Al-Hujurat ayat 6

Zaman canggih seperti hari ini, terlalu banyak cara yang boleh digunakan untuk menerbitkan satu video jahat bagi menjatuhkan atau memalukan seseorang. Tak perlu berbicara tentang teknik lain seperti CGI mahupun mendapatkan seseorang dengan wajah seiras, cukuplah sekadar dengan teknik mekap sudah mampu mengubah wajah sesiapa sahaja menjadi apa yang mereka mahu. Ya, hanya melalui mekap.

(Kemaskini) Berikut adalah keratan akhbar Metro;
‘Niat jahat jatuhkan ulama’

Kuala Terengganu: Penyebaran video lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) hanyalah niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.
Sambil menafikan pelaku dalam video lucah yang sudah tersebar luas itu adalah UAI, pembantunya Zulkifli Wahab berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.

"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.

"Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

"Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

"Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini.
“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ditanya penerimaan UAI mengenai penyebaran video lucah mirip dirinya itu, Zulkifli berkata, UAI masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.

Seorang lelaki di Instagram dengan nama @pochoy_29 menggunakan teknik mekap pada wajahnya untuk menyerupai ramai selebriti terkenal dunia.

Pochoy_29 sebagai Megan Fox

Pochoy_29 sebagai Miley Cyrus

Pochoy_29 sebagai Katy Perry
Banyak lagi selebriti lain di akaun Instagram miliknya yang anda boleh lihat sendiri. Jika dengan teknik mekap sebegini pun memberikan hasil sebegini, apalagi dengan sebarang teknik lain.

Ada juga beberapa pendapat mengatakan, isu skandal UAI ini sengaja dicipta untuk memalingkan orang ramai dari kes Anwar Ibrahim yang mungkin akan ke penjara tidak lama lagi. Sejauh mana kebenarannya, itu hanyalah omong-omong kosong mereka sahaja.

Apa yang penting, usahlah kita percaya bulat-bulat dengan hal-hal sebegini atau anda sebenarnya masih duduk berehat di dalam gua. Ibarat katak di bawah tempurung yang sudahlah ditutup dengan tempurung, dihempap batu belah batu bertangkup di atasnya. Samaada UAI ingin memberikan respon kepada isu ini atau tidak, itu adalah hak dirinya.

Astaghfirullahalazim. Semoga Ustaz Azhar Idrus tabah dan teruskan berdakwah. Anak-anak muda dan insan yang mengenali anda tahu siapakah anda dan paling penting, redha Allah SWT sahajalah yang berhak menentukan siapa kita.

Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment