Wednesday, October 1, 2014

Gempar!!! Peristiwa Aneh Yang Berlaku Di Malaysia Malam Tadi

Suatu perkara aneh telah mengejutkan umat Islam di sebuah negara yang diberi nama Malaysia yang telah berlaku kira-kira jam 8 hingga 10 malam tadi. Keanehan ini dijangka akan bertahan selama satu minggu atau dua minggu lagi.

“Saya terkejut!” kata seorang saksi memulakan ceritanya. “Semalam, masjid ini, besar dan luas,” sambungnya. “Tiba-tiba sahaja malam ini, masjid ini menjadi sempit dan kecil, terutamanya menjelang waktu isyak tadi.”

Perkara aneh, di mana masjid-masjid dan surau-surau di Negara ini menjadi kecil dan sempit berlaku, hampir di seluruh Negara pada malam ini.

Keanehan ini, amat dirasakan oleh umat Islam yang setiap hari atau selalu ke masjid sebelum ini. Namun bagi yang baru mengunjungi masjid atau surau pada malam ini, tidaklah dapat menyedari keanehan yang berlaku itu.

AJK kepada beberapa buah masjid dan surau dikatakan, sedang memikirkan untuk menuntut peruntukan daripada kerajaan bagi membesar serta meluaskan masjid dan surau mereka bagi menghadapi perkara aneh yang berlaku secara tiba-tiba ini.

Umat Islam, dinasihatkan supaya pergi ke masjid awal untuk mendapat tempat yang lebih selesa bagi menunaikan ibadah pada malam-malam yang akan datang.

p/s: jikalau anda paham dengan maksud artikel di atas, sebar-sebarkanlah untuk renungan bersama.

14 comments:

  1. kepala bapak kau. Pengemis klik

    ReplyDelete
  2. ape benda lah blogger ni mengarut, cakap masjid dan surau jadi sempit, tapi gambar tunjuk Woodlands Checkpoint, pe benda yg kau merepek ni syaitan?? batak sangat nak cari reader ke macam mana ni?? dah macam macha buat cerita lah!!

    ReplyDelete
  3. Kalau tak faham, tak usah komen. Pergi. Masjid lagi bagus.

    ReplyDelete
  4. Statement awal lg dah faham..isu nya disini..apa perlunya kata aneh dan sempit..pointnya nak surh org serbu blog jer la kan...hadooi..

    ReplyDelete
  5. Ntah sampah la admin ni..kemaruk nak cari reader sampai keluar berita sampah..

    ReplyDelete
  6. Rasanya semua buat2 x phm...mksdnya...smlm bile gerhana, org semua pi masjid nk solat sunat gerhana...tp hr2 biasa, solat wajib, xde plk org nk g...so pgi lh masjid lpas ni, x kire solat sunatt or wajib ok...!

    ReplyDelete
  7. Rakyat Malaysia mempunyai sifat ingin tahu dan kalau boleh tengok sendiri. Ini mesti nak tarik org datang meramaikan masjid/surau. Mesti ramai yang nak tengok keanehan yang berlaku kan? he..he..he..

    ReplyDelete
  8. Bodoh. Dia nak korang tekan ads dia banyak2. Banyak lah dia dapat duit.

    ReplyDelete
  9. apelah slh admin nie ingatkan kite tntg akhirat . .x slh kh ? (y)

    ReplyDelete
  10. Maksud yang tersirat di sini....xperlu nk mengutuk kalau anda tidak faham maksud tersirat tu...peringatan untuk kita semua di akhir zaman...

    ReplyDelete
  11. Aku rasa otak kau ni yng sempit.. Jgn2 ko sendrik pon tak ke masjid nak buat crita kosong plak

    ReplyDelete