Friday, October 17, 2014

Punca Sebenar di Sebalik Kejadian Ibu Kandung Di Ro gol Anak Sendiri

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun selepas dipercayai merogol ibunya pada Rabu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian itu berlaku di rumah mangsa di Cheras di sini.

Menurutnya, dalam kejadian itu, ibu mangsa yang bekerja sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan pulang dalam keadaan mabuk sebelum tertidur di bilik anaknya.

"Wanita itu mendakwa tersalah tidur di dalam bilik anaknya selepas pulang kerja dalam keadaan mabuk

"Selepas beberapa jam tertidur, dia menyedari anak lelakinya dalam keadaan bogel diatasnya," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Khairi memberitahu, terkejut dengan tindakan anaknya, mangsa bertindak memukul remaja terbabit sebelum membuat laporan polis.

"Siasatan awal polis mendapati, sebelum merogol ibunya, suspek telah melayan beberapa bahan lucah menerusi telefon bimbit.

"Suspek telah ditahan selepas laporan polis dibuat , manakala mangsa dihantar ke Pusat Perbuatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk pemeriksaan lanjut.Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.- Gambar Hiasan. UTUSAN ONLINE

1 comment:

  1. patutla anak boleh sanggup rogol ibu sendiri .. disebabkan ibunya bekerja sbg pelayan.. spatutnya tugas seorg ibu adalah mendidik anak.. pantau ape yg anak2 buat.anak tersebut tgk bende yg x sepatutnya adalah disebabkan kurangnya didikan agama ... lagi satu.. wajarkah umat islam minum arak sedangkan telah dilarang oleh Allah di dalam Al Quran .. nak hidup kat atas muka bumi Allah ni.. kene la ikut hukum hakam Allah.. sbb tu la.. hukum hudud perlu dilaksanakan kat Malaysia untuk menangani masalah begini.. Waallahua'lam

    ReplyDelete