KEJAM, VIDEO PENGASUH INDON PAKSA BAYI MAKAN VIRAL DI MEDIA SOSIAL | Tersebar sebuah video yang memaparkan seorang wanita Indonesia mendera seorang kanak-kanak perempuan dipercayai berlaku di Malaysia.
Wanita yang dipercayai pengasuh kanak-kanak terbabit menyuap makanan dalam mulut bayi itu secara paksa tanpa henti meskipun mulut bayi itu masih penuh dengan harapan agar bayi itu makan dengan cepat.
Tindakan pengasuh itu menyebabkan bayi itu menangis kerana enggan makan makanan yang disuapkan.
Kes penderaan ini dipercayai berlaku di Malaysia berdasarkan percakapan wanita itu,
“Kalau orang Indon, macam inilah bos,” katanya.
Sehingga kini, masih belum ada pihak yang tampil memberikan maklumat sebenar mengenai video penderaan tersebut.
Warga netizen yang telah menonton video berkenaan meluahkan rasa marah dan tidak puas hati dengan tindakan wanita terbabit.
“Perempuan ni tak layak jaga kanak-kanak di rumah/nursery. Layaknya gaul simen di tapak binaan,” katanya yang mendapat 146 LIKE.
Tindakan kejam wanita Indonesia itu agak membahayakan nyawa bayi perempuan itu. Ia boleh menyebabkan mangsa mati tersedak. Mujur bayi itu menolak serta menahan makanan yang disuapkan itu dari terus masuk ke dalam mulutnya.
Jika benar kes ini berlaku di Malaysia, wajar pihak berkuasa ambil kes ini dan jalankan siasatan.
SAKSIKAN VIDEO INI
0 comments:
Post a Comment