Thursday, September 18, 2014

MH131 : Agenda Jahat Yahudi Fitnah MAS

Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Cemas di Iceland???
B&S terkejut membaca satu posting yang dishare di Facebook berbunyi: Malaysia Airline Flight Forced Into Emergency Landing After Flying Over Icelandic Volcano
Reaksi spontan saya adalah: "Oh! Not again!"
Namun dalam sesaat jugak terdetik: "Flight apa yang lalu ruang udara Iceland? Berita ni betul ke?"

Maka, B&S membuka link tersebut dan terpacul lah berita berikut:
Menurut kenyataan "berita" di atas, penerbangan MH131 dari Paris ke New York terpaksa mendarat cemas di Iceland setelah mengalami kerosakan akibat terkena haba dan habuk dari letusan gunung berapi.

Tambahan "berita" itu lagi, juruterbang pesawat diarahkan untuk terbang pesawat Boeing 777 di laluan melalui gunung berapi Bardarbunga walaupun menerima amaran daripada International Civil Aviation Organization (ICAO).

Sekiranya anda membaca berita sebegini, tentu anda merasa sedih dan hiba kerana satu lagi kejadian menimpa Malaysia Airlines. Apatah lagi setelah kejadian yang melibatkan MH370 dan MH17, serta beberapa insiden lain seperti MH198 yang baru berlaku.

Sebenarnya berita ini adalah PALSU!

Malaysia Airlines (MAS) tidak ada laluan Paris ke New York
MH131 adalah kod penerbangan KL ke Auckland, New Zealand.

0 comments:

Post a Comment