Thursday, September 18, 2014
- In: Info Artis
- Posted By: Anonymous
- Comments: No comments
Wajah sebenar Syazwani, kakak Eina Azman (6 Gambar)
Masih belum terlambat kiranya untuk mengucapkan tahniah buat dua selebriti wanita tempatan, Atilia dan Eina Azman yang telah melangsungkan pernikahan mereka pada 31 Ogos lalu.
Seronok kan tengok orang lain bercinta sekian lama dan akhirnya naik pelamin dengan orang tersayang?
Tapi apa yang tak best, ada pula suara-suara sumbang mengkritik majlis penyatuan hati Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina dan pasangannya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.
Bukan setakat wang hantaran sebanyak RM70,000 dan kereta Chevrolet Camaro yang dijadikan isu. Di Facebook pula, ramai mempersoalkan konsep majlis pernikahan Eina dan pasangannya apabila melihat pelakon itu cantik mengenakan busana perkahwinan budaya lain.
Manakala di Twitter pula, gelaran Datin Paduka yang baru digalas Eina sejak mengahwini suaminya itu membuatkan ramai yang tak senang duduk. Siapa tak jealous, baru 19 tahun kot.
Apa yang kelakar, rata-rata remaja perempuan di laman sosial tersebut mengatakan di usia Eina sekarang, mereka masih terkial-kial cari duit dan belum hidup sempurna. Untung sungguh jadi Eina Azman.
Sekadar mengimbas kembali, pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa Eina, Azman Abdullah dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Zulkapili Abdul Mutalib serta abangnya di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Di sini, penulis ingin berkongsi enam keping gambar sensasi Syazwani, kakak Eina Azman yang cun melecun. Eina Azman ialah anak bongsu di dalam keluarga.
0 comments:
Post a Comment