KUALA LUMPUR: Pelakon Tamil tempatan, Kalpana Sundraju, 44, ditemui maut akibat terjatuh dari apartmennya di Seputeh, di sini, kira-kira jam 7.45 malam semalam.
Calon top 5 kategori Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 26 (FFM26) itu ditemui maut oleh tunangnya di tingkat dua apartment berkenaan akibat terjatuh dari tingkat lapan.
Perkara itu disahkan sendiri ibu mangsa, Prema, 62, sebaik dihubungi tunang pelakon berkenaan memaklumkan kejadian terbabit.
Kalpana diumumkan sebagai satu-satunya pelakon Tamil yang bertanding menerusi filem Dhsurajanam arahan M. Surya di samping Sharifah Amani, Diana Danielle, Ummi Nazeera dan Lisa Surihani.
sumber
Wednesday, September 10, 2014
- In: Info Artis
- Posted By: Anonymous
- Comments: No comments
0 comments:
Post a Comment