Aisyah Zainal sebelum ini pernah bertunang dengan pengacara terkenal, Ally Iskandar dan hubungan itu putus di tengah jalan. Namun pada 14 Februari 2014 yang lalu, Aisyah Zainal selamat dikabulkan dengan Ashrudy Borhan.
Sekalung tahniah diucapkan dari kami TrendMalaya atas hari berbahagia itu dan diharapkan Aisyah Zainal menemui pasangan sehidup semati. Setiap apa yang berlaku sebelum ini pasti ada hikmah disebaliknya. Majlis akad yang diadakan pada jam 9.30 malam itu dilangsungkan di Masjid Besar Alor Gajah dan diuruskan sendiri oleh pihak keluarga Aisyah Zainal.
Hantaran yang bernilai sebanyak RM 16, 885 diterima oleh pihak perempuan dan ianya diambil bersempena dengan tarikh lahir gadis comel molek itu iaitu pada 6 Ogos 1985.
Mohd Ashrudy Borhan, lelaki yang dikahwini Aisyah Zainal merupakan seorang produser TV Al-Hijrah dan berusia 34 tahun semasa diijab-kabulkan. Beliau telah melakukan satu kejutan apabila datang melamar Aishah secara mengejut kira-kira sebulan sebelum tarikh berlangsungnya pernikahan.
Lawa sungguh kedua-dua pengantin. Apa kata anda?
Friday, September 19, 2014
- In: Info Artis
- Posted By: Anonymous
- Comments: No comments
0 comments:
Post a Comment