Showing posts with label MH 370. Show all posts
Showing posts with label MH 370. Show all posts

Thursday, September 18, 2014

MH131 : Agenda Jahat Yahudi Fitnah MAS

Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Cemas di Iceland???
B&S terkejut membaca satu posting yang dishare di Facebook berbunyi: Malaysia Airline Flight Forced Into Emergency Landing After Flying Over Icelandic Volcano
Reaksi spontan saya adalah: "Oh! Not again!"
Namun dalam sesaat jugak terdetik: "Flight apa yang lalu ruang udara Iceland? Berita ni betul ke?"

Maka, B&S membuka link tersebut dan terpacul lah berita berikut:
Menurut kenyataan "berita" di atas, penerbangan MH131 dari Paris ke New York terpaksa mendarat cemas di Iceland setelah mengalami kerosakan akibat terkena haba dan habuk dari letusan gunung berapi.

Tambahan "berita" itu lagi, juruterbang pesawat diarahkan untuk terbang pesawat Boeing 777 di laluan melalui gunung berapi Bardarbunga walaupun menerima amaran daripada International Civil Aviation Organization (ICAO).

Sekiranya anda membaca berita sebegini, tentu anda merasa sedih dan hiba kerana satu lagi kejadian menimpa Malaysia Airlines. Apatah lagi setelah kejadian yang melibatkan MH370 dan MH17, serta beberapa insiden lain seperti MH198 yang baru berlaku.

Sebenarnya berita ini adalah PALSU!

Malaysia Airlines (MAS) tidak ada laluan Paris ke New York
MH131 adalah kod penerbangan KL ke Auckland, New Zealand.

Read more…

Monday, September 15, 2014

Kejutan! Kisah Sebenar Pendaratan Tentera dan Peralatan Perang Amerika di Kuala Terengganu

Heboh di media sosial mengenai Tentera Amerika mendarat di Kuala Terengganu, di khabarkan mereka ke Malaysia untuk mengadakan latihan bersama pasukan keselamatan negara ini.

Ini yang menjadi perhatian pelayar-pelayar media sosial mengenai berita ini, berbagai pendapat di luahkan mengenai perkara tersebut di media sosial.
Apa-apa pun meraka tidak perlu risau seandainya berita ini benar yang pasti Kerajaan kita tahu apa yang mereka lakukan untuk kepentingan negara ini. Oleh Tiffany HNS

Read more…

Sunday, August 24, 2014

WANITA CANTIK AKWA DICABUL PRAMUGARA MAS TAMPIL BUAT PENDEDAHAN

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Australia yang mendakwa dirinya diserang secara seksual oleh anak kapal MAS pada awal bulan Ogos, bakal mendedahkan insiden tersebut dalam sebuah rancangan temu bual Australia malam ini (6.45 malam waktu Malaysia).

Laura Bushney, 26, sebelum ini mendakwa pramugara terbabit telah datang dan duduk di sebelahnya selepas tiga jam penerbangan yang sedang menuju ke Paris.

Pramugara itu kemudiannya dikatakan telah meletakkan tangan di atas pehanya atas alasan cuba ‘menenangkannya’, kata Bushney dalam satu sedutan temu bual rancangan Sunday Night di Channel Seven.

“Dia mengurut kaki saya. Saya amat takut dan hanya ingin turun dari kapal terbang.

Saya asyik bertanya sendiri – kenapa saya tidak menjerit? Kenapa saya tidak menghentikan perlakuannya? Saya seorang yang tabah dan mampu melakukannya,” tambah Bushney yang menyatakan dirinya takut sehingga panik tidak bersuara, menurut laporan dipetik Sydney Morning Herald.

Bushney, yang berseorangan dalam penerbangan itu, dikatakan telah merakam insiden tersebut menggunakan telefon pintar yang disorok di bawah selimut di atas pehanya.

Pramugara terbabit, dakwa Bushney, meletakkan tangannya di bawah selimut tersebut dan seterusnya ke dalamseluarnya.

Bushney berkata dia turut sempat merakam perbalahan dengan pramugara berkenaan selepas kejadian itu.

Sejurus pesawat tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, pramugara terbabit ditahan polis.

Sementara itu, ada pihak yang merasakan Channel Seven bertindak tidak wajar untuk menyiarkan temu bual Bushney kerana rakyat Malaysia sedang berkabung diatas tragedi pesawat MH17 yang mengorbankan 298 nyawa, termasuk 43 warga Malaysia.

Seorang warga Malaysia yang bekerja di Hong Kong, Stephanie Yu, yang mendapat tahu tentang temu bual tersebut, merasa ragu-ragu terhadap dakwaan Bushney itu.

“Saya amat terkejut dengan keputusan rangkaian Channel Seven di Australia untuk membuat rakaman bersama Bushney di hari Malaysia berkabung. Saya telah melihat prebiu rakaman itu dan mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan Bushney dan dakwaannya. Jadi, saya pun membuat siasatan dan menemui akaun Instragram lama kepunyaannya. Saya merasa sangat jijik dan marah.

Jika pun benar pramugara MAS itu bersalah, saya percaya Bushney berkemungkinan sengaja membiarkan tingkah laku itu dan membuat dakwaan selepas itu. Agak jelas dia memperbesarkan isu ini untuk tujuan publisiti, atau sebab-sebab lain,” kata Stephanie.

“Rakyat Malaysia sudah melalui tahun yang amat sukar. Orang ramai perlu melihat secara betul-betul untuk memutuskan sama ada Bushney bercakap benar atau ianya penipuan semata-mata,” tambah Stephanie.

Menurut sumber MAS, apabila dihubungi Astro Awani, syarikat tersebut akan mengambil pendirian tidak berpihak dan tidak akan memberikan sebarang komen lanjut berikutan kes terbabit masih dalam siasatan.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/wanita-australia-dalam-kes-serangan-seksual-kru-mas-dedahkan-insiden-di-tv-42496?cp

Read more…

Monday, August 4, 2014

Ya Rabbi..MH17 yang ditembak jatuh adalah MH370 , mayat yang ditemui sudah mati beberapa hari sebelum nahas

Doktor Belanda yang berada di kawawan kemalangan mengeluarkan kenyataan bahawa mayat-mayat yang ditemui telah reput kerana telah mati beberapa hari sebelum nahas MH17 berlaku.

Kenyataan itu selari dengan Komander tentera pemisah pro Russia yang menyatakan bahawa sebahagian besar daripada mayat yang ditemui tidak berdarah menunjukkan mereka mati beberapa hari sebelum nahas. Terdapat juga kesan penderaan pada sesetengah mayat.

Mayat siapakah yang ditemui itu? Adakah mungkin mereka adalah penumpang MH370 yang dibunuh kejam untuk menyembunyikan peri hal sebenar?

Petunjuk daripada worldtruth.tv seperti di bawah akan menunjukkan kepada anda.

1. The alleged MH17 was the same plane model as MH-370
Kapalterbang yang didakwa ditembak jatuh di Shaktarsk ialah Boeing 777-200, ID number M9-MRD.

Kapalterbang yang hilang MH370 adalah dari model yang sama, 777-200, cuma id berbeza - ID number M9-MRO.

2. The crashed plane had a different configuration of windows than MH17

MH17 mempunyai tingkap tambahan (lihat gambar di bawah) di sebelah pintu kanan yang tiada pada MH370 — Gambar serpihan pesawat yang didakwa MH17 itu tidak mempunyai tingkap tambahan. Tetapi lebih mirip kepada MH370

lihat gambar serpihan. lebih mirip MH17 atau Mh370???
mh17 is mh370

Jim Stone brings more photographic evidence supporting the connection between the wreckage and flight MH-370:

“Seterusnya kita lihat serpihan yang didakwa sebagai MH17. Perhatikan kedudukan bendera Malaysia. Ianya selari dengan tingkap. MH17 tidak mempunyai keselarian ini. Apakah maksud semua ini?
mh370 - flag - mh17

Meurut penulis bebas Jim Stone, “It is important to note that MH370 [bellow] was new, and therefore never repainted. This is the way the flag ALWAYS looked on Flight 370, and it forever pegs the shoot down plane as flight 370.”
MH370 photo
mh17 windows configuration doesn't match crashed plane

So, what does it all mean?

Serpihan pesawat yang didakwa MH17 itu tidak menepati ciri-ciri MH17. Tiada tingkap di bawah bendera. Konfigurasinya tidak menepati ciri-ciri MH17 sebaliknya menepati ciri-ciri MH370.

KESIMPILANNYA JELAS: Serpihan tersebut adalah milik MH370.

3. Rebel leader describes the MH17 victims: rotten corpses, drained of blood
mayat keras dan bengkak (begitu cepat???)

“A top pro-Russia rebel commander in eastern Ukraine has given a bizarre version of events surrounding the Malaysian jetliner crash — suggesting many of the victims may have died days before the plane took off. (…) [People at the crash site]: ‘A significant number of the bodies weren’t fresh,’ adding that he was told they were drained of blood and reeked of decomposition.” [2]

According to independent journalist Jim Stone:

“It is being said that a Dutch doctor who was at the scene within a day has released testimony that the bodies on the plane were rotten and dead days before the crash, which would corroborate what the military commander said and that evidence is there that they were also tortured before the crash. However, the translation from Dutch is very poor and I am working on secondary confirmation.”

This means that the bodies found at the crash site in Ukraine are probably the passengers of MH370.

4. ALL the videos were created before MH17 was allegedly shot down

“A look at the time stamps for the nine versions of the video that allegedly shows a conversation between Ukrainian anti-fascists and the Russian military and uploaded to what is said to be the Ukrainian Security Service (SSU) youtube account, indicating that all the videos were created before MH17 wrecked in the afternoon 2014-07-1.” [3]
Remarkable unit with timestamps confirmed by the date stamp for when the videos were uploaded to a local server contained herein.

5. MH-17 propaganda picture doesn’t match the facts

Menurut Daily Mail, MH17 telah dirakam gambarnya oleh seorang penumpang sebelum berlepas. ID kapalterbang yang didakwa MH17 itu tidak sepadan dengan ID MH17 yang sebenar. MH17 sebenar mempunyai ID ialah M9-MRD tetapi ID kapalterbang yang ditembak jatuh ialah M9-MRC.

According to the Daily Mail, Flight MH-17 was photographed by one of the passengers just before boarding, but the identification number doesn’t macth! MH-17′s ID number is 9M-MRD (Wikipedia):
MH-17 9M-MRD - Wikipedia

The ID of the plane in the propaganda picture is 9M-MRC (Daily Mail): 
MH17 wrong tale identification number

6. Flight MH17 was cancelled, according to flight radar screen
Jadual penerbangan yang direkodkan di Belanda pada hari kejadian menunjukkan bahawa penerbangan MH17 dibatalkan. Kapalterbang manakah yang mengambil alih penerbangan MH17?

Flight Radar-24 screen capture on the day following the crash (7/18) shows MH-17, (9M-MRD) as “canceled” on the date of the crash (7/17): [4]
7. Invalid and pristine passports at the crash site

Semua pasport penumpang berkeadaan baik tanpa calar atau kesan kebakaran sedangkan kapalterbang yang didakwa MH17 itu terbakar teruk. Rumput-rumpur disekitar juga hangus terbakar. Tetapi pasport-pasport penumpang tidak bercalar walau sedikit pun.

Terdapat juga pasport Malaysia yang digunting berbentuk segi tiga menunjukkan bahaw pasport tersebut adalah pasport tamat tempoh atau tidak sah. Bagaimanakah seseorang boleh melepasi imigresen dengan menggunakan pasport tidak sah?

All the passports appearing in the propaganda video are in mint condition. They want us to believe that ALL passports have escaped undamaged after an airplane filled with fuel was shot down by a SAM missile — not to mention the 33,000 feet drop.

And that’s not all! Many of presented passports are clearly invalid: some have been ‘hole-punched’ in the upper left-hand corner, while others have been ‘clipped’ (triangular cut-out from right-hand center front cover) – making it impossible that any of these decommissioned passports could be used to travel internationally at the flight’s port of Departure in Amsterdam. [5]
Bagasi dan pakaian penumpang tak carik tak terbakar. semua elok macam baru beli.

Read more…

Tuesday, July 15, 2014

Kakak Kapten Zaharie akhirnya buka mulut

Sakinah

SINGAPURA - Kakak kandung juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, akhirnya tampil ke hadapan demi mempertahankan adiknya dari terus didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab ke atas kehilangan pesawat tersebut.

Sakinah Ahmad Shah yang selama ini memilih langkah untuk berdiam diri dengan segala dakwaan dan spekulasi mengaitkan Zaharie dengan kehilangan MH370 memilih untuk bersuara menerusi satu temubual dalam program ‘The Mystery of MH370’ bersama sebuah rancangan televisyen NewsAsia Channel.

“Individu yang merancang semua ini mestilah seorang yang cerdik dan bersifat 'Einstein'. Tak akan ada individu yang sanggup memanjangkan masa penerbangan sehingga empat, lima atau enam jam hanya untuk melakukan misi bunuh diri.

“Dia (Zaharie) hanya seorang lelaki yang terlalu meminati dunia penerbangan, dia banyak menghabiskan masa dan duit dengan membeli model-model kapal terbang.

"Kalau boleh, dia mahu pasang sayap pada badannya dan terbang. Itu menunjukkan bahawa dia terlalu meminati dunia penerbangan,” katanya menerusi temubual tersebut.

Persoalan demi persoalan mula dibangkitkan sejak kehilangan MH370 menjadi sebuah misteri sehingga membabitkan kerjasama dan siasatan yang melibatkan 26 buah negara berbeza.

Juruterbang pesawat tersebut, Zaharie turut menjadi suspek utama bagi insiden kehilangan kapal terbang itu.

MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapalnya hilang sejak 8 Mac lalu dan usaha bagi mengesan pesawat tersebut masih dijalankan sehingga kini.

Read more…

Tuesday, June 17, 2014

GEMPAR !! Individu Tidak Bertanggungjawab Dedah Bahawa MH370 telah Dijumpai?

Harini gempar mengenai kes yang mengatakan bahawa MH370 telah ditemui. Sejauh mana kebenarannya admin taktahu sebab perkara ini di Share di Facebook. Betul atau tidak Wallahualam. Tetapi di sini ada individu webmaster yang telah membuat sebuah website ala-ala CNN walhal bukannya web rasmi CNN. 

Laman sesawang ini menggunakan (http://paygama.com/show/s2.php) yang mana telah menggemparkan orang ramai. Admin ingin nasihatkan di sini jangan percaya lagi kepada khabar angin seperti ini sebab takut kita terpedaya dengan webmaster yang ingin mengaut keuntungan dengan cara sebegini. Apapun sama-sama kita nantikan kisah sepenuhnya ini.


Sumber Berita

Read more…

Monday, June 2, 2014

BERITA PANEH: Penumpang MH370 akan dibebaskan sebelum ramadhan ?

Ini ada berita terbaru dan amat memeranjatkan kita tentang pesawat MH370:

Baru tadi penyiasat melaporkan bahawa terdapat kemungkinan besar kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 akan dibebaskan sebelum kedatangan Ramadhan ini jika negara x berjaya memujuk negara China dlm beberapa isu yang menyentuh negara Amerika dan dunia.

Setakat laporan ini ditulis terdapat media-media alternatif luar negara sudah mula memaparkan keadaan sebenar kesemua penumpang yg berada di dlm pesawat MH370 yg dikatakan masih hidup.

Malah terdapat satu laporan jelas yg sumbernya dirahsiakan oleh penyiasat bahawa terdapat satu laporan komunikasi antara Kapten Zaharie dgn wakil negara ???? bagi mengesahkan mereka masih hidup sebelum sebarang perjanjian ” sulit ” dipersetujui. Sambungan cerita MH370 ini anda semua boleh baca di bawah wall ini.

Penuh Misteri, hanya dia saja yg tahu……….. Oleh kerana penumpang yg teramai adalah dari negara China, negara China mungkin akan akur dan tunduk dengan kehendak Amerika malahan telah dilaporkan sekarang ini kedudukan ekonomi China adalah terkuat dan berada diranking number satu di dunia.

Terdapat laporan yg banyak telah berlaku sekarang ini di negara China oleh waris-waris penumpang MH370 agar berita yang mengatakan kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 masih hidup yg mana mereka mendesak agar kerajaan mereka (CHINA) tunduk dan akur dgr syarat yg dibuat oleh Amerika susulan maklumat bocor di alam maya tentang telah berlaku ” Hijacked ” ke atas pesawat MH370 pada pagi kejadian agar keluarga mereka selamat.

Maklmuat tambahan yg tercicir ialah pada waktu pesawat MH370 hilang dari radar, Amerika laknatullah telah menghantar pesawat AWAC untuk memintas pesawat MH370 dan menerbangkannya dgn alat kawalan jauh ke Maldivies utk mengisi minyak dan seterusnya selamat mendarat di Diego Garcia sebuah pangkalan ketenteraan Amerika lakknatullah !!!!
Okey ini ada maklumat terbaru yg diperolehi dari penyiasat iaitu sebelum pesawat MH370 diterbangkan ke Beijing, kapten Zaharie telah membuat panggilan tel. menggunakan hp peribadinya kepada seseorang yg tidak dinamakan siapa dia. Dia dlm kandungan perbualan tersebut beliau ada mengatakan ada menerima maklumat yg pesawat MH370 akan ” dihijacked ” dan menyuruh org itu agar menjaga alat simulator peribadinya di rumah kerana simulator itu satu-satunya alat yg dia reka sendiri bagi mengesan pesawat yg diterbangkan berada di mana jika benar pesawat akan dihijacked….

Utk makluman landasan Diego Garcia sebuah landasan ketenteraan Amerika Laknatullah berada di dlm kategori landasan simulator yg berada di rumah Kapten Zaharie. Tapi syg 1000 kali sayang kita mendapat maklumat kononnya Kapten Zaharie telah mendelete beberapa log di simulator tersebut bagi memadakan rekod sebelumnya padahal agen CIA telah menghapuskan log tersebut. Itu yg dapat disimpulkan oleh beberapa penyiasat. Harap Maklum… !!!!

Ni berita baru diterima, laporan lengkap data satelit MH370 daripada firma United Kingdom inmarsat telah diterima tetapi tidak boleh didedahkan kerana gara-gara berita penummpang MH370 akan dibebaskan. Sekali lagi mereka gagal menipu kerana perancangan Allah itu lagi tepat … sama-sama kita teruskan berdoa agar perancangan mereka gagal dan kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 berada di dlm keadaan selamat dan segera dibebaskan… Penyiasat menjangkakan satu persatu maklumat akan terbocor dgn sendirinya susulan pendedahan dari egen risikan yg mungkin berpaling tadah atau hatinya digerakkan oleh Allah s.w.t utk berkata perkara yg benar…

Susulan pendedahan percakapan Kapten Zaharie dgn wakil negara ??? satu lagi tamparan hebat dan mungkin selepas ini kita akan melihat sejauh mana perjalanan MH370 ini boleh ditutup oleh media-media…. wait and see….. teruskan berdoa………. Allahuakbar !!!!!

- Sharifah Sofia Syed Rashid

Sumber

Read more…

Tuesday, April 29, 2014

MH370 akhirnya ditemui di Teluk Benggala

LOKASI yang dikesan GeoResonance. FOTO 7news Adelaide 

Adelaide : Sebuah syarikat pencarian yang berpengkalan di Adelaide percaya mereka mengesan satu lokasi disyaki tempat persemadian pesawat MH370 di Teluk Benggala kira-kira 5,000 kilometer dari lokasi pencarian sekarang di Lautan Hindi.

Syarikat berkenaan, GeoResonance memberitahu 7News, hasil pencarian dan penyelidikan pihaknya berjaya mengesan beberapa elemen di dasar laut yang konsisten dengan bahan pesawat MH370.

Sudah enam minggu berlalu sejak pesawat MH370 dan operasi pencarian di Lautan Hindi gagal mengesan serpihan pesawat itu.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott hari ini, mengakui peluang tipis untuk menemui serpihan pesawat di permukaan laut.

GeoResonance percaya pihak berkuasa sedang mencari di kawasan yang silap dan pihaknya melakukan inisiatif sendiri mencari MH370 sejak 10 Mac.

"Teknologi yang kami gunakan sebenarnya direka untuk mencari bahan perang nuklear, kapal selam...pasukan kami di Ukraine mencadangkan kami patut cuba membantu," kata jurucakap GeoResonance David Pope.

Syarikat itu sudah menganalisa 2,000,000 kilometer persegi kawasan yang dipercayai kawasan pesawat terhempas menggunakan imej yang diperoleh dari satelit dan pesawat.
VISUAL radar dari GeoResonance. FOTO 7news Adelaide 

Saintis pula memfokuskan pencarian di utara lokasi terakhir pesawat dikesan menggunakan lebih 20 peralatan berteknologi tinggi untuk menganalisis data.

"Kami bagai tidak percaya apa yang kami temui di Teluk Benggala.

"Pasukan kami teruja selepas menemui sesuatu yang dipercayai bangkai pesawat komersial," kata Pope.

Sementara itu, Pavel Kursa dari syarikat yang sama memberitahu stesen televisyen itu yang mereka mengesan elemen kimia dan bahan membuat Boeing 777 seperti aluminium, titanium, gangsa, besi aloi dan bahan lain.

Laporan juga sudah dihantar kepada pihak berkuasa ketika kotak hitam masih mempunyai jangka hayat selama dua minggu lagi.

Pasukan itu turut mengesahkan penemuan dengan membuat analisa perbezaan imej di kawasan berkenaan pada 5 Mac iaitu tiga hari sebelum pesawat itu hilang.

Laporan lengkap diserahkan pada 15 April lalu.

"Kami tidak mengatakan ianya sah adalah MH370 tetapi kami berpendapat ia adalah petunjuk yang patut diberi perhatian," kata Pope.

7News cuba menghubungi Angus Houston dari JACC namun gagal.

Read more…

Thursday, April 24, 2014

SUASANA CEMAS DALAM PESAWAT FIREFLZ SEMALAM TERSEBAR [3 FOTO]

Gambar dari pesawat sia baru-baru ni, turbulence agak dahsyat
Rilek jangan kecoh-kecoh, jangan panik semua. Harap bertenang..'Pada pandangan aku, ini situasi biasa dalam penerbangan terutamanya semasa melalui cuaca buruk. Ia dinamakan 'Air Pocket' dimana ia boleh berlaku dalam mana-mana penerbangan apatah lagi membabitkan pesawat kecil seperti Fireflyz. Dalam bahasa mudahnya turbulence.. terjadi sebab kapal terbang tu against the power of atmosphere.

Read more…

Wednesday, April 23, 2014

Gempar : MH 370 Sebenarnya Kini Berada di Kandahar..Foto Sebagai Bukti

Akhbar Rusia dakwa MH370 kini di Kandahar [Petikan dari Utusan]
TEHERAN 10 April - Sebuah akhbar Rusia tampil dengan teori mendakwa pesawat berkenaan dirampas dan disembunyikan di wilayah Kandahar, Afghanistan berhampiran sempadan Pakistan.

Akhbar Moskovsky Komsomolets yang memetik sumber agensi perisikan Rusia turut melaporkan bahawa kedua-dua juruterbang pesawat berkenaan tidak bersalah dalam insiden tersebut.

"Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang bersama anak kapal dirampas. Kedua-dua juruterbang itu tidak bersalah, pesawat itu dirampas oleh beberapa pengganas yang tidak diketahui.

"Kami tahu nama pengganas yang memberi arahan kepada juruterbang adalah 'Hitch'. Pesawat itu berada di Afghanistan, tidak jauh dari Kandahar berhampiran sempadan Pakistan,"lapor akhbar itu yang mempunyai edaran kira-kira 1.1 juta. Menurut laporan akhbar itu, pesawat itu berada di sebuah jalan raya berhampiran kawasan pergunungan dan sayap kapal terbang itu patah.

"Mungkin pesawat itu mendarat dalam keadaan tidak lancar, namun semua penumpang dalam kapal terbang itu selamat, mereka hidup tanpa makanan,"katanya.

Bagaimanapun, sumber atau agensi perisikan dalam laporan itu tidak dinamakan.

Malah, dakwaan akhbar itu juga tidak dilaporkan dalam mana-mana media arus perdana di Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia.

Akhbar itu turut melaporkan, beberapa pakar dalam pesawat itu telah dibawa ke sebuah tempat persembunyian di Pakistan.

"Seramai 20 pakar Asia ditahan. Malah, terdapat seorang rakyat Jepun dalam kalangan mereka,"katanya yang mungkin merujuk kepada pekerja Freescale Semiconductor.

Pihak berkuasa Malaysia berkata, pesawat MH370 berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi dan operasi pencarian untuk mengesan serpihan kapal terbang itu sedang dijalankan.

Pada 16 Mac lalu, akhbar The Independent turut melaporkan beberapa khabar angin bahawa pesawat tersebut telah terbang ke 'sebuah kawasan yang dikawal oleh Taliban', kira-kira seminggu selepas MH370 hilang.

"Pesawat MH370 yang hilang itu mungkin diterbangkan secara sengaja melepasi radar ke kubu kuat Taliban di sempadan Afghanistan, isu ini mungkin wujud berikutan pihak berkuasa berkata, mesej terakhir yang diterima dari kokpit selepas sistem transponder pesawat itu dimatikan.

"Namun, dakwaan ini dibuat sebelum pihak berkuasa Malaysia mengumumkan MH370 hilang di suatu tempat di Lautan Hindi,"katanya.

Pihak berkuasa Australia sedang mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di pesisir pantai Perth yang terletak di barat negara itu. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140411/dn_08/Akhbar-Rusia-dakwa-MH370-kini-di-Kandahar#ixzz2zh60HPNZ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Read more…

BONGKAR !! AKHIRNYA PENGKALAN US DIEGO GARCIA BUKA MULUT ISU PESAWAT MH370

Akhirnya Pengkalan US Diego Garcia Buka Mulut isu MH370

Spekulasi kehilangan pesawat MAS MH370 sering dikaitkan dengan penglibatan Amerika Syarikat dan Diego Garcia.

Teori pesawat MH370 dikawal oleh teknologi drone, alat kawalan jarak jauh berkeupayaan tinggi AS dan diterbangkan sehingga mendarat di Lapangan Terbang Diego Garcia yang terletak berhampiran Pulau Maldives.

Pihak kedutaan AS di Malaysia tampil menafikan teori berkenaan.

Pihak kedutaan AS menafikan sekeras-kerasnya teori yang mengatakan pesawat itu mendarat di pangkalan tentera udara AS di pulau kecil itu.

Tuduhan itu adalah palsu dan pesawat berkenaan tidak mendarat di situ, kata seorang jurucakap Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.

“Spekulasi bahawa penumpang MH370, Philip Woods menghantar mesej foto dari Diego Garcia juga tidak benar,” katanya.
Menurut beliau, AS turut menolak dakwaan beberapa orang yang menyaksikan pesawat dengan skim warna seakan sama dengan MH370 terbang rendah di ruang udara Maldives pada pagi 8 Mac lepas.
”Tidak ada petunjuk bahawa MH370 terbang di mana-mana berhampiran Maldives atau Diego Garcia,” katanya.

Berkaitan data, jurucakap itu menambah bahawa ia hanya memberi maklumat atas permintaan dan Malaysia tidak meminta data dari satelit Amerika yang terletak di Pine Gap, Australia.

Jurucakap itu berkata usaha kerjasama Malaysia dan Australia, tujuh kapal Tentera Laut AS bersama 26 negara lain dilakukan berdasarkan kawasan yang dikenalpasti oleh pakar-pakar Malaysia dan antarabangsa..

Read more…

Kejutan : MH 370 Sebenarnya Kini Berada di Kandahar..Foto Sebagai Bukti

PETALING JAYA : Ahli keluarga yang hilang MH370 penumpang penerbangan mahu kerajaan menyiasat dakwaan bahawa penerbangan yang hilang kini berada di Kandahar , Afghanistan.

Terdapat laporan bahawa pesawat itu ialah di negara Asia Selatan dan memetik agensi perisikan Rusia sebagai sumber.

Permintaan itu dibuat oleh keluarga terdekat dalam surat bertarikh 14 April dan dialamatkan kepada Menteri Pengangkutan Pemangku Hishamuddin Hussein. Satu salinan juga dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita sedar bahawa Kerajaan Malaysia kini memberi tumpuan usaha carian di Selatan Lautan Hindi berdasarkan data yang dibekalkan oleh Inmarsat . Walau bagaimanapun, kita memasuki hari ke-37 tidak berjaya dalam mencari sebarang bukti fizikal di kawasan ini.

"Oleh itu, ia adalah masa yang tinggi bahawa kerajaan patut mula berfikir di luar kotak dengan meneroka dan memeriksa semula semua petunjuk, baru dan lama.

"Berdasarkan semangat ini, kami hormat meminta pertimbangan pihak anda untuk melibatkan diri semula kerajaan Rusia dan Afghanistan untuk memeriksa dan mengesahkan dakwaan bahawa MH370 mendarat di Afghanistan.

"Kami yakin bahawa kerajaan Malaysia akan mendapati bahawa jalan ini adalah bernilai meneroka menimbangkan kehidupan 239 penumpang dan anak kapal MH370 ," kata keluarga terdekat dalam surat itu yang diterbitkan di Facebook.

Penerbangan MAS menuju Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah pergi hilang dari radar pada 8 Mac.

Usaha carian telah tertumpu di bahagian selatan Lautan Hindi tetapi setakat apa-apa yang berkaitan dengan MH370 telah dijumpai.

Read more…