Monday, November 10, 2014

Punca Sebenar Nur Fazura Terkilan Dikejutkan Semasa Tidur Dalam Penerbangan

Sebagai selebriti cantik jelita, Nur Fazura sememangnya mempunyai ramai peminat. Pastinya peminat Fazura tidak akan melepaskan peluang bergambar dengannya apabila berpeluang. Namun walaupun selebriti dianggap hak peminat, mereka juga mahu privasi dihormati. Apatah lagi ketika sedang berehat.


Khabarnya, terdapat krew penerbangan yang telah mengejutkan Fazura yang sedang tidur dalam penerbangan untuk bergambar dengannya. Ini menyebabkan dia terkilan kerana waktu dalam penerbangan ialah masa yang dicurinya olehnya untuk beristirehat.


Luahan hati Fazura mendapat sokongan dari peminatnya, malah ada krew penerbangan lain yang turut menyatakan sikap seperti itu sesuatu yang tidak profesional.

Kiranya, ini ialah mesej diluar sana untuk krew penerbangan mahupun peminat, sekiranya mahu bergambar dengan selebriti ada baiknya bergambar ketika selebriti melakukan acara promosi kerana itu waktu mereka bekerja. Sekiranya selebriti sedang menjalankan aktiviti peribadi seperti tidur, makan dan membeli-belah, janganlah diganggu mereka untuk bergambar. Mereka jua manusia biasa yang mahukan waktu peribadi.


Sementara itu, Fazura telah menyanyikan lagu single terbarunya dalam Konsert Eh! yang berlangsung beberapa hari lepas.

0 comments:

Post a Comment