GAMBAR PALING MENYENTUH HATI DAN PERASAAN YANG PERNAH DIRAKAMKAN | Emosi, adalah gambaran apa yang dirasakan dalam fikiran.
Kadangkala emosi yang dilahirkan boleh jadi palsu apabila ia sengaja dibuat-buat bagi tujuan tertentu.
Tapi apabila emosi terlahir secara bersahaja ia bukan sahaja dirasakan oleh orang yang berada di sekeliling, malah terserlah bila dirakam lensa kamera.
Di bawah merupakan sebahagian koleksi gambar yang dapat mengalirkan air mata sesiapa yang melihatnya kerana ‘kejujuran’ emosi yang dilahirkan oleh subjek terlibat.
Tak percaya, lihatlah gambar-gambar yang tersenarai dalam koleksi gambar paling menyentuh hati pernah diambil. Tak mustahil, anda akan dapat merasakan ada air mata tiba-tiba bergenang di kelopak. –
1) Respon seorang wanita apabila dilamar kekasihnya, Daniel.
2) Kasih sayang antara Lucas, kanak-kanak yang mengidap sindrom Sanfilippo bersama anjingnya.
3) Salah seorang mangsa gempa bumi di Sichuan, China tidak dapat menahan sebak apabila menemui album gambar keluarga di celah runtuhan rumah.
4) Luka, 12, kanak-kanak yang mempunyai sakit muskular diberi peluang merasa ‘bermain’ bola keranjang, papan luncur dan berenang oleh jurugambar, Matej Peljhan.
5) Meghan Vogel yang sudah pasti memenangi larian berhenti seketika untuk membantu lawannya, Arden McMath yang rebah agar sama-sama melepasi garisan penamat.
6) Hawkeye, anjing kesayangan seorang anggota tentera Amerika, Jon T. Tumilson, berbaring berhampiran keranda tuannya sepanjang majlis memperingati mendiang.
0 comments:
Post a Comment