Monday, November 17, 2014

Kejam..!!.Wanita Mengandung Ini Dibunuh Dan Di Belah Perutnya

 MILWAUKEE, Amerika Syarikat - Sebuah mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak AS$1 juta (RM3.13 juta) ke atas seorang wanita, Annette Morales-Rodriguez yang berpura-pura mengandung sebelum menyerang dan membunuh seorang ibu yang sarat mengandung dengan menggunakan kayu pemukul besbol dan membelah perut mangsa dengan pisau untuk mengeluarkan bayinya.

Wanita yang mati itu, Maritza Ramirez-Cruz dan bayi yang dijangka dilahirkan pada minggu hadapan, mati dalam kejadian tersebut, menurut dokumen mahkamah yang difailkan kelmarin.

Morales-Rodriguez, 33, menghadapi tuduhan membunuh dengan sengaja tahap pertama dengan menggunakan senjata serta membunuh janin dengan menggunakan senjata.
Morales-Rodriguez yang hadir ke mahkamah, berhadapan hukuman mandatori penjara seumur hidup jika didapati bersalah.
"Saya tidak tahu apa yang berada di dalam fikirannya," kata Maria Garcia, 44, yang tinggal berjiran dengannya.

Menurut laporan siasatan, Morales-Rodriguez memberitahu teman lelakinya mahu mempunyai anak tetapi dia tidak mengandung.
Wanita itu kemudian berpura-pura hamil dan apabila jangkaan kelahiran palsunya semakin dekat dia mencari wanita hamil.
Morales-Rodriguez kemudian mencari wanita yang hamil dan menemui Ramirez-Cruz di sebuah pusat perlindungan.

Dia kemudian menawarkan Ramirez-Cruz menaiki keretanya dan berhenti di rumahnya dengan alasan untuk menukar kasut pada Khamis lalu.
Morales-Rodriguez kemudian bertindak membunuh Ramirez Cruz dengan kayu besbol sebelum membelah perutnya dengan tujuan untuk mengambil bayinya untuk dijadikan anaknya.

SUMBER: KOSMO

Read more…

Video: Wanita Seksi Bergaduh Berebut Jantan Di Kedai Mamak

Sekumpulan wanita berpakaian seksi bergaduh di sebuah kedai mamak berhampiran dengan KLCC berjaya dirakam oleh seorang pengunjung yang berada di tempat kejadian.

Berdasarkan rakaman video tersebut, punca pergaduhan disebabkan timbulnya salah faham salah seorang wanita yang beranggapan teman lelakinya curang kerana keluar dengan wanita lain.

Bagaimanapun, wanita ketiga itu menafikan dakwaan kekasih lelaki itu dan menjelaskan mereka hanya berkawan.
Namun alasan wanita itu tidak dapat diterima oleh kekasih lelaki itu menyebabkan dia mula memukul wanita terbabit dan disitulah mulanya pergaduhan diantara mereka.

Orang ramai hanya mampu melihat kejadian itu dan enggan campur tangan dalam soal percintaan orang lain. Mereka hanya sekadar menyaksikan kejadian itu dan sesekali bertepuk tangan melihat aksi pergaduhan sekumpulan wanita terbabit.

Sumber

Read more…

Video : Awek Tayang Dada Pada Bekas Kekasih Melalui Youtube Marah Punya Pasal

Seorang wanita Hongkong memuat naik video yang menayangkan dadanya ke laman Youtube atas alasan berang terhadap kekasih yang telah meninggalkan dirinya atas alasan payudaranya yang kecil.

Dalam video tersebut mengatakan kini payudaranya telah berukuran "C" dan mengambil masa selama 3 bulan untuk membesarkannya. Video tersebut dibuat semata-mata untuk membalas dendam kepada kelakuan yang dilakukan oleh kekasihnya itu.

Untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja.

Terjemahan video diatas dalam Bahasa Melayu:

Ng ga ching, kau adalah lelaki murah!

Kau selalu mengeluh dengan payudaraku yang bersaiz AA dan sangat kecil!.

dan kau meninggalkan aku kerana itu?

Hari ini, 3 bulan setelah putus, aku ingin menunjukkan sesuatu. Sekarang, perhatikan, aku memiliki payudara bersaiz C! Jangan menyesal dan aku yakin kau pasti mahukan aku lagi bukan? Tapi maaf, kau tidak punya kesempatan lagi.

Aku tidak akan sudi melihat kau lagi dan aku tidak akan pernah membiarkan kau menyentuh payudara aku yang kini bersaiz C .

Ng Ga Ching, kamu boleh mengatakan aku adalah seorang wanita murahan atau apapun tapi kau tidak boleh mengatakan bahawa payudara aku kecil lagi. Lihatlah payudara aku, kini lebih besar! Sumber : bom321.com

Wassalam, Wa'allahhualam.

Read more…

Sunday, November 16, 2014

SEDIH!! VIDEO AYAH NYANYIKAN LAGU BUAT BAYINYA YANG TENGAH NAZAK


Sebuah rakaman video penuh hiba yang menunjukkan seorang lelaki menyanyikan lagu Beatles kepada bayinya yang bergelut dengan kematian kini menjadiviraldi media sosial.

Kisahnya itu bertambah pilu apabila isterinya meninggal dunia selepas melahirkan.


Chris Picco menyanyikan lagu “Blackbird” sambil memetik gitar di sebelah inkubator yang menempatkan anaknya di wad bersalin.

Bayinya yang dinamakan sebagai Lennon itu dilahirkan tidak cukup bulan melalui pembedahanCaesarean minggu lalu.

Bayi lelaki tersebut dilahirkan di usia 24 minggu pada 8 November, hari yang sama nyawa isterinya
gagal diselamatkan.

Sehingga semalam, video tersebut telah ditonton lebih daripada setengah juta kali dan puluhan ributontonan dicatatkan bagi setiap beberapa minit.

Pada laman web yang ditujukan khas buat isteri dan anaknya, tertera kata-kata: “Nyawa Ashley yang disayangi berakhir minggu lalu dengan penuh tragik dan kepiluan. Bayinya juga hanyabertahan beberapa hari selepas itu.”Jurucakap keluarga berkenaan, Brett Walls, memberitahu AFP: “Dalam tempoh beberapa hari ini,

 Chris akan menghabiskan masa dengan keluarga, teman-teman dan komuniti di kala dirinya dilanda hiba.”“Dia menggunakan lagu tersebut yang amat mesra pendengar. Dia juga menzahirkan hasrat untuk bekerjasama dalam usaha membawa ketenangan dan penyembuhan kepada golongan yang sedang menderita,” ujarnya dalam satu e-mel.

                                                                        


                                                                     saksilah video ini


Read more…

CERITA DISEBALIK SI MANGSA MENGADU "SAYA TERPEGANG 'BENDA KERAS' DEKAT SELUARNYA"

 Keterangan seorang wanita Vietnam mengatakan dia terpegang satu objek keras pada kemaluan lelaki yang merogolnya ketika sesi kawad cam dapat mengheret pemuda itu ke muka pengadilan sekali gus membuatkan tertuduh mengaku salah atas tuduhan tersebut. 



Mohamad Fadzlie M. Rosdi, 20, mengaku yang dia ada memasang bebola besi atau ‘tayam’ pada kemaluannya ketika merogol mangsa di sebuah rumah urut di Setapakdi sini pada pukul 1 pagi 5 November lalu. 

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid di Mahkamah Sesyen di sini semalam.


Difahamkan, kawad cam itu dilakukan sebaik polis menahan Mohamad Fadzlie yang datang ke balai polis.

Dia diserahkan oleh bapanya selepas gambar tertuduh yang dirakam kamera televisyen litar tertutup (CCTV) premis itu disiarkan akbar. 



Selain merogol, penganggur itu turut dituduh merompak premis tersebut bersama buruh kontrak, Mohd Khairiell Idzham Hashimi, 21, dan dua lagi yang masih bebas menggunakan parang di tempat dan waktu yang sama.

Read more…

PANAS!! LUAHAN HATI PENGGUNA JALAN RAYA MENYAMPAH DENGAN GENG-GENG BIKERS YANG BIADAP

 Seorang pengguna Facebook meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap sekumpulan bikers yang didakwa bertindak sesuka hati di sebuah perhentian Rehat & Rawat (RNR) yang tidak didedahkan lokasinya.



Menurut lelaki itu, kumpulan bikers berkenaan bertindak memotong garisan untuk membeli makan . Baik lelaki pun atau perempuan, kedua-duanya sama saja. Baca luahan hati rakyat Malaysia mengenai sikap sesetengah bikers yang biadab:

Geng-geng bikers ni bila konvoi je kalau tak susahkan orang takleh ke?

Baru ni berhenti kat RNR. Lepas geng bikers singgah ramai-ramai terus serbu gerai makan macam babi kelaparan. Dah la tu tau nak cepat dan tak mau queue pun. Baik laki pun sama, perempuan pun sama. Dah la busuk berpeluh-peluh, lepas tu pakai sondol je ikut suka hati.

Korang ni asal nama bikers je, cubalah berperangai macam manusia sikit. Ini tidak, bila ditegur marah pulak. Lepas tu tunjuk muka garang ramai-ramai. Ingat aku takut? Ingat korang saja yang lapar?

Lepas tu hisap rokok ikut suka hati mak bapak korang pulak. Tempat public tempat orang awam makan dan minum. Kot ye nak jadi naga pun pergilah tempat sepatutnya.

Timbang rasa la sikit, moto korang tu bukan la mahal pun. Sekarang ni makin lama makin murah je. Sudah la atas jalan menyusahkan orang, bila parking pulak kat tempat orang cacat, lepas tu bila nak beli makan serbu macam babi. Hidu korang ni memang untuk menyusahkan orang ke?





Read more…

Saturday, November 15, 2014

TEKTIK LICIK PENJAWAT AWAM LULUSKAN RUMAH MAMPU MILIK TERBONGKAR


 Alor Setar: Seorang penjawat awam berusia 50-an ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi kerana meminta rasuah dalam bentuk layanan s**ks sebagai dorongan untuk mendapat kelulusan rumah mampu milik seorang janda.

Penjawat awam itu ditahan di sebuah bilik hotel di Jalan Putra ketika bersama dengan mangsa yang juga seorang janda berusia 20-an.

Jurucakap SPRM mengesahkan penahanan lelaki itu, namun enggan mendedahkan identiti lelaki itu termasuk tempat suspek bertugas tidak dinyatakan.

TAKTIK LICIK PENJAWAT AWAM  LULUSKAN RUMAH MAMPU MILIK TERBONGKAR

"Kita tahan suspek berdasarkan maklumat awam diterima dan hasil siasatan dijalankan sejak beberapa bulan lalu. Ketika ditahan anggota kami, suspek berdua-duaan dengan wanita terbabit dan dipercayai sedang menuntut rasuah terbabit.

"Berdasarkan maklumat, kita percaya ini bukan kes pertama dan suspek mungkin pernah melakukan perbuatan sama sebelum ini. Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta SPRM 2009 namun dibebaskan dengan jaminan,” katanya.

Read more…

KISAH DISEBALIK GADIS CANTIK HONDA CITY LANGGAR DUA ORANG PERAGUT


kejadian ragut berlaku pada petang tadi di Kingfisher Park, Kota Kinabalu, Sabah. Apa yang menarik mengenai kes ragut ini adalah tindakan seorang pemandu yang prihatin menyaksikan kejadian itu dengan segera mengejar dan melanggar motosikal peragut terbabit.


Akibatnya, kedua-dua suspek terbabas di bahu jalan. Orang awam yang berada di sekitar lokasi kejadian dengan segera menghulurkan bantuan dan menangkap dua suspek itu dengan membelasah mereka secukup-cukupnya sebelum diserahkan kepada pihak polis.


Menurut sumber, mangsa ragut adalah seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah. Taman Kingfisher menjadi pilihan bagi pelajar UMS untuk mencari rumah sewa berikutan jaraknya dengan UMS adalah dekat.


Tindakan pemilik Honda City yang sanggup mengorbankan keretanya semata-mata untuk menangkap suspek itu seharusnya dijadikan contoh kepada masyarakat agar sama-sama membanteras jenayah di kawasan setempat.


Read more…

MANUSIA PALING BERANI BERGAYUT DI BANGUNAN PENCAKAR LANGIT (11 GAMBAR)


 Jurugambar dan pendaki bangunan pencakar langit berasal dari Moscow, Rusia, Kirill Oreshkin (alias kirill_opex) mengabadikan semua aksi nekad dan sangat berbahaya ketika dia berjaya mendaki ke puncak bangunan di bandarnya dan membuat aksi tergantung di ketinggian ratusan meter di udara.


Seperti banyak rooftoppers muda lain (termasuk rakannya Mustang Wanted), tidak ada jaring keselamatan atau harness untuk carian sensasi berasal dari Rusia, ia hanya menggunakan kamera untuk mengabadikan detik-detik penuh mendebarkan itu.























Read more…

KERANA TERLALU CANTIK WANITA INI SERING DI HALAU


Mempunyai wajah cantik ternyata tidak selalunya menyenangkan. Pengalaman itu dirasakan penyampai sukan, Katarina Sreckovic. Bahkan, ia mendakwa kerap diusir dari tepi padang.

Katarina, yang diarah sebagai hos sebuah kelab Serbia, Red Star Belgrade, menceritakan pengalamannya yang kurang menyenangkan.

Kerana memiliki wajah yang cantik, para pemain Red Star mengakui tumpuan mereka terganggu ketika Katarina berada di tepi padang. Bahkan, para pemain Red Star sukar menjawab soalan wanita berusia 25 tahun itu semasa sesi wawancara.

Katarina mendakwa merasa khuatir kehilangan pekerjaan yang sememangnya diimpikannya sejak sekian lama. beliau adalah salah seorang peminat Red Star Belgrade sejak dahulu lagi.

"Saya akui pada mulanya memang menjadi sebuah masalah, tapi saya fikir kini mereka mulai terbiasa kepada saya. Pada mulanya memang sukar, kerana ia kelihatan seperti mereka tak boleh bekerja sama dengan saya," katanya, yang dilaporkan oleh Daily Mail.

"Saya juga sering dihalau pergi dari tepi padang kerana tumpuan pemain terganggu," beliau mengakhirinya.



Read more…

GAMBAR MENARIK KETIKA SEEKOR GAJAH MELAWAN 14 SINGA..SIAPA YANG MENANG ?

Kisah nyata diabadikan oleh seorang tour guide di South Luangwa National Park, Zambia, 14 ekor singa secara brutal menyerang seekor gajah, siapa yang menang, silakan dilihat gambarnya











Seharusnya yang menang 14 singa namun dengan cerdik gajah lari ke air dan bahkan mulai menyerang singa yang terpisah dari rombongannya. 


Read more…

BEBERAPA GAMBAR YANG MEREKA TAK SEDAR DAH KANTOI

Kalau nak ambil gambar tengah tido pun tengoklah background dulu..kan dah kantoi..

Hahaha... Jom Layan..













Read more…

Bila Gadis Ini Tidak Pakai Hijab Ketika Berjalan Yang Pasti Mengejutkan Anda


Bila Gadis Ini Tidak Pakai Hijab Ketika Berjalan Yang Pasti Mengejutkan Anda | What this videos are saying is that the woman is at fault for not wearing “the proper attire” as opposed to rude men. Once again blame the woman, men need to be responsible for their own actions.

lihat video ini


Read more…

Friday, November 14, 2014

APABILA AMRAN FANS MASUK ASTRO AWANI

AMRAN FANS MASUK ASTRO AWANI: SIAPA REPORT PAGE FACEBOOK AKU? | KUALA LUMPUR: "Tergamak betul korang report page Amran. Korang memang hendak Amran jadi jahat balik, kan?"

Itu antara catatan awal 'page' Amran Fans yang dibuka semula selepas ditutup pengurusan laman sosial Facebook kerana didakwa menerima terlalu banyak repot dan tidak mengikut undang-undang laman tersebut.

Page Amran Fans sebelum ini mendapat lebih 300,000 like dan sering mendapat tempat di hati peminat dengan catatan berbentuk humor selain dengan terbuka menyatakan perasaan hati kepada blogger Hanis Zalikha.

Beberapa blog lain juga sebelum ini turut menyatakan page Amran Fans adalah laman 'troll' Hanis yang juga popular dengan gelaran Keknis itu.

Antara catatan terbaharu Amran Fans turut menyatakan kekecewaan selain mahu peminatnya kembali memberi sokongan kepada page baharu yang mula dibuka semula 10 November lepas.


Page baru Amran Fans di Facebook kini mencecah hampir 70,000 like selepas empat hari dibuka - Gambar Facebook Amran Fans



Bagaimanapun laman sosial Instagram Amran_Fans77 masih aktif dan sehingga kini mendapat hampir 54,000 pengikut.



Laman Instagram Amran Fans mempunyai hampir 54,000 pengikut - Gambar Instagram Amran Fans


Page Amran Fans pernah menggemparkan pengikutnya dengan pengenalan slanga yang dikatakan berunsur lucah, 'Ale uto' yang kerap sehingga viral di media sosial.

Amran Fans, walau bagaimanapun, menafikan frasa itu berunsur negatif dan menjelaskan maksud perkataan itu ialah 'I love u' (saya cinta kamu).

Astro AWANI sebelum ini menimbulkan persoalan individu yang gemar menutur frasa berkenaan merupakan golongan yang kurang kasih sayang.

Read more…