PESAWAT Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 ke Bangalore, India yang berpatah balik selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA ), di Sepang, jam 1.56 pagi ini. - Foto Sairien NafisPutrajaya: "Kapal terbang itu bergegar ketika masih di atas landasan. Topeng muka dari bahagian atas mula jatuh," demikian kata penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192, M Srivatsa, 48, seorang warga India dari Bangalore.
"Kami semua berasa amat cemas pada mulanya. Kemudian, juruterbang membuat pengumuman mengatakan terdapat masalah pada gear serta roda dan penerbangan akan berpatah balik ke Kuala Lumpur, bukan ke Bangalore," katanya ketika ditemui di Hotel Hotel Everly di sini.
Srivatsa berkata, juruterbang meneruskan penerbangan itu dan cuba mendarat semula Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 45 minit selepas itu, namun cubaan pertama itu gagal.
"Juruterbang kemudian membuat pengumuman yang pesawat perlu terbang semula untuk mengosongkan tangki minyak bagi memudahkan pendaratan dan pesawat kemudain berlegar-legar di udara selama empat jam sebelum mendarat," katanya.
Srivatsa berkata, semua penumpang berada dalam keadaan tenang sepanjang penerbangan dan beliau turut memuji juruterbang serta anak kapal yang berkemahiran dan membantu penumpang.
Katanya, sebahagian penumpang ditempatkan di Hotel Everly di sini, buat sementara waktu dan mereka akan dijemput oleh pihak MAS pada jam 1 petang ini, sebelum berangkat menaiki penerbangan khas ke Bangalore pada jam 3 petang ini.

0 comments:
Post a Comment