Tuesday, April 29, 2014

Aaron Aziz Melenting Kepada Peminat Di Instagram

Agak terlambat sebenarnya Abang Nara berkongsi kisah ini. Perkara ini berlaku minggu lalu dan mengejutkan banyak pihak. Mana tidaknya, selama ini Aaron Aziz dilihat sebagai seorang yang rileks dan cool. Siapa sangka Aaron boleh mengeluarkan kata-kata yang kurang elok didengar menerusi Instagramnya.
Kejadian ini berlaku apabila ada peminat Aaron Aziz yang menegur cara duduk anak perempuannya yang dilihat seperti tidak sopan dan menyuruh aktor Singapura itu mengajar anaknya cara-cara duduk yang lebih tertib dan sopan.Gambar tersebut telah dikongsikan oleh Aaron menerusi akaun Instagramnya.

Mungkin bengang dengan teguran yang diberikan, Aaron Aziz mengamuk dan mengeluarkan kata-kata berikut di Instagramnya.
Agak kasar jugak kan? Namun mungkin cara teguran si peminat itu tidak betul dan kasar sehingga menyebabkan Aaron Aziz melenting. Seharusnya si peminat kenalah bertolak ansur dan tak mengambil pusing sangat. Kanak-kanak standarlah posing macam itu. Dah nama pun kanak-kanak kan?

4 comments:

  1. melentur buluh biarlah dari rebungnya... mmg anak2 dia tu budak2 lg... tp sbg org islam.. sbg ibu bapa... kita yg kena ajar ank2 pasal aurat..duduk mcm tu xsalah.. cuma baju dan sluar tu bagi panjang sikit lah...aurat terjaga... jgn cepat melenting bila d tegur..dan si penegur juga mungkin cara tegurannya agak salah... menegur biar berhemah... budi bahasa budaya kita.. islam is the way of life..

    ReplyDelete
  2. well,orang sekarang ni memang pelik.budak2 ditegur lebih2.yg dah tua bangke buat macam tu tak tegur plak.sebab sedap tengok kaaaannnn.... >:(

    ReplyDelete
  3. BUKAN KE GAMBAR BERKENAAN ITU DI RUMAH.
    DI RUMAH KAN PRIVACY MASING-MASING, SO RASANYA TAKDA MASALAH LAU KITA DI RUMAH NAK PAKAI APA PON KAN LAIN LARH KALAU ADE TETAMU DATANG OR ORANG YG BUKAN MUHRIM DI DALAM RUMAH TERSEBUT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err... nak tnya, gambar yg 'dalam' rumah tu, keluarga sendiri je boleh nampak atau... cik/encik pun boleh nmpk? Antara ahli keluarga, pun ada aurat sebenarnya... dari pusat hingga ke lutut bagi yang baligh. Mohon beri hujah berdasarkan ilmu, bukan berdasarkan pendapat kosong/perasaan ^^

      Delete