Monday, October 6, 2014

9 PELAKON MALAYSIA YANG PERNAH MENAYANGKAN TUBUH DALAM FILEM


Kehendak skrip, menjiwai dan menghayati watak selain membuktikan keberanian diri mencuba sesuatu yang baru, akhirnya mendorong pelakon menggadaikan maruah serta perasaan malu apabila sanggup membelakangi norma masyarakat dan memperjudikan hukum agama sekalipun memberi alasan ia dilakukan atas tujuan kerja mahupun nilai estetika sesebuah karya itu. Jom kali ini kita selongkar antara artis yang menayangkan tubuh mereka di dalam filem bagi menjayakan watak yang dilakonkan..!!

1 – Zizan Raja Lawak

Zizan melucutkan pakaian towel yang dipakai bagi memenuhi tuntutan skrip berbogel apabila melihat pocong di dalam Filem Hantu Bonceng yang kontroversi itu. Cerita Hantu Bonceng mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

2 – Ana Dahlia

Pelakon baru yang meningkat naik menerusi drama Nora Elena ini memberitahu dia juga pernah mendedahkan tubuh untuk filem lakonannya berjudul Mantra. Gambar yang mendedahkan belakang Ana Dahlia itu yang dijadikan poster filem Mantra walaupun menjadi kontroversi, Ana mengakui tindakan berani itu sekadar memenuhi watak yang dibawakannya.

3 – Arja Lee

Bagi pelakon filem Songsang, Anu dalam botol ini pula, Arja Lee semakin popular apabila aksi bogelnya untuk salah satu adegan dalam filem tersebut mendapat kritikan. Namun bagi pelakon baru ni, dia menganggap itu tindakan beraninya bagi menyampaikan mesej positif sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan oleh filem. Pada mulanya saya diberi Seluar dalam warna kulit dan apabila air dan buih sabun mula mengalir di seluruh badan, keadaan menjadi tidak selesa. Akhirnya saya meminta kebenaran daripada pengarah untuk mandi bogel dan dia bersetuju dengan permintaan saya ituggambaran itu dilakukan dari sudut tepi dan Benda itu “Alat Sulit” saya tak nampak.

4 – Fasha Sandha 

Fasha Sandha kembali menyengat dalam sebuah filem Prof Madya A. Razak Mohaideen dalam sebuah filem seram berjudul Skrip 7707. Kali ini, Fasha Sandha dengan berani matinya berkemban dalam satu scene di mana Fasha Sandha mandi di perigi yang hanya didindingi oleh daun kelapa. Realitinya, memang orang kampung dulu-dulu mandi berkemban, tidak macam orang zaman sekarang yang kebanyakannya tidak menutup badan ketika mandi.

5 – Remy Ishak

Remy Ishak menjadi buah mulut orang ramai apabila membintangi cerita pendek”Comolot” yang memaparkan aksi mandi Remy Ishak bersama pasangan songsangnya tetapi, sedang asyik dibuai asmara, pasangan songsang itu kantoi apabila teman wanita Remy Ishak menerjah masuk ke dalam tandas.

6 – Nabila Huda

Filem Bohsia – Jangan Pilih Jalan Hitam ini mengetengahkan unsur-unsur gejala negatif seperti mat rempit, bohsia, salah guna dadah dan seks luar nikah, maka dikenakan klasifikasi 18PL (penonton berusia bawah 18 tahun dilarang menonton atas sebab unsur ganas, seks, dan kebudayaan). Terdapat adegan Nabila Huda dirogol oleh Mat Rempit setelah kecewa dengan kekasihnya yang curang.

7 – Maya Karin

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

8- Nurul Ain

Artis baru, Nurul Ain yang kini hangat diperkatakan dan mencetuskan kontroversi di dada akhbar dan internet apabila gambarnya yang mendedahkan bahagian belakang tubuhnya untuk adegan sebuah filem berjudul “Suatu Malam Kubur Berasap” tersebar luas di internet.Menurut Nurul Ain, gambar itu sepatutnya tidak tersebar kerana dalam persetujuan, gambar tersebut perlu diedit terlebih dahulu sebelum digunakan bagi tujuan promosi. Malah dia juga meminta maaf jika gambar tersebut menyinggung perasaan mana-mana pihak.

9 – Zul Handy Black

Lakonan Zul di dalam filem Mantra memaksa Zul berbogel selepas salah satu adegan menuntut ilmu hitam.Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup. KISAH benar melibatkan pengamal ilmu hitam dan ajaran sesat di Bandung, Indonesia diterjemahkan secara mendalam dalam Mantra. Ejaan bagi judul filem tersebut juga sengaja dikekalkan kerana perahan idea dan jalan cerita berasal dari tanah seberang.

Read more…

Saturday, October 4, 2014

MISTERI PEMBUNUHAN ALONG SPOON AKHIRNYA TERJAWAB!

Sedar atau tidak, sudah 12 tahun Sabi'ul Malik atau lebih popular dengan panggilan Along Spoon meninggalkan kita semua. Bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu kumpulan Spoon pastinya tidak dapat melupakan penyanyi yang pernah mencetuskan satu fenomena dalam industri hiburan tanah air suatu ketika dulu ini.

Semalam di dalam kereta ketika balik dari Alamanda, radio Hot fm telah memainkan lagu Memori sekuntum rindu dendangan kumpulan Spoon. Secara spontan mulut ini bersuara "Penyanyi lagu nie dah meninggal kan?". Tanya saya kepada abang saya yang juga membesar dengan lagu-lagu Spoon. Pemergian arwah sebenarnya mengundang banyak persoalan dalam kepala saya yang masih kecil lagi ketika peristiwa ini berlaku. Abang saya pun tanpa berselindung bercerita dari A sampai Z mengikut pengalaman dan pengetahuan yang ada. Interesting! Cerita abang saya itu telah berjaya menarik minat saya untuk research pembunuhan kejam itu dan akhirnya saya menemui jawapannya malam tadi.

Sebelum pemergian arwah, kumpulan Spoon berjaya menerbitkan dua buah album terbaik iaitu Spoon - Spoon (1998), Spoon - Kembali Merindu (1999). Kehebatan kumpulan ini telah meletakkan mereka antara kumpulan slow rock terbaik pada zaman itu dan ketika itu jugalah tercatatnya kegemilangan lagu-lagu jiwang yang ter'best' dalam sejarah industri muzik Malaysia.

Namun pada 25 Disember 1999 , Dikala peminat yang setia dengan kumpulan spoon tidak sabar menanti album seterusnya, satu berita yang mengejutkan tersebar tentang kehilangan penyanyi muda berbakat ini. akhirnya kehilangan tersebut berakhir dengan penemuan rangka manusia dipercayai milik Along yang diikat dalam guni di kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, jelebu. Lihat kronologi di bawah..
Perkembangan kes yang memakan masa 9 tahun ini berakhir dengan keputusan pembunuh, Mohamed Ya'cob dihadapkan ke tali gantung pada tahun 2010. Pembunuhan ini dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu namun di sini saya tidak berani mengulas mengenai hal ini. Untuk lebih jelas lagi lihat pada link yang telah saya berikan. Ada beberapa komen yang begitu menyentuh yang sempat saya baca mengenai pemergian arwah Along. (SINI)

Vokalis Spoon pernah digantikan dengan adik kandung kepada arwah iaitu Azlong, tetapi masih tidak dapat menandingi aura yang dimiliki arwah. Kerinduan peminat terhadap arwah begitu mendalam sehinggakan peminat masih tidak dapat menerima pengganti selepas pemergian arwah.

Kes tersebut menjadi bualan hangat bertahun lamanya , hingga kini ramai yang tidak dapat menerima pemergian tersebut termasuklah ibu arwah sendiri. Ternyata research yang saya buat semalam, akhirnya telah menjawab semua persoalan misteri yang bermain diminda ini mengenai pembunuhan arwah. Al-fatihah untuk arwah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin!

Saya tinggaalkan anda dengan video kenangan arwah Along Spoon :

Read more…

Wednesday, October 1, 2014

Bayi di Jumpai Meninggal Dunia di Taska Dalam Keadaan di Hurung Semut

PUTRAJAYA 30 Sept. - Seorang bapa, Muhamad Zamri Anuar, 34, begitu gembira menerima kehadiran 'orang' baharu dalam keluarganya. Begitu juga isteri dan dua lagi anaknya.

Namun Muhamad Zamri langsung tidak menduga kegembiraannya menerima Nur Imna Khalisa hanya bertahan tiga bulan apabila anaknya itu meninggal dunia di sebuah taska di Presint 11 di sini, semalam.

Lebih menyedihkan Nur Imna Khalisa ditemuinya dan isteri sendiri dalam keadaan kaku dan kebiruan di premis tersebut ketika hendak menjemput pulang pada pukul 5.45 petang.

Bahagian mata, belakang badan serta telinga pula mempunyai kesan gigitan semut.

Difahamkan, bayi tersebut tidak meminum susu ketika ditinggalkan di dalam katil bayi kira-kira pukul 3 petang dan sepanjang tempoh itu, pengasuh didakwa langsung tidak menjenguk mangsa.

Bapa mangsa yang merupakan kakitangan Malaysia Airlines (MAS) mendakwa, bayinya berada dalam keadaan sihat ketika isterinya, Nafisah Ahmad Jauhari, 32, menghantar anak mereka itu ke taska berkenaan pada pukul 7.05 pagi.

"Ketika hendak ambil Nur Imna, Nafisah dan seorang lagi anak saya, Muhamad Zikri Rayyan, 5, pergi ke taska manakala saya dan anak perempuan, Nur Airis Khadijah, 4, tunggu di dalam kereta kira-kira 10 meter dari premis.

Tidak lama kemudian, Nafisah bergegas ke arah saya mengatakan anak saya sudah tiada. Saya pula sangka anak saya diculik sebelum berlari ke taska berkenaan.

"Sebaik sahaja masuk, luluh hati saya apabila lihat anak saya dalam keadaan terlentang di dalam tempat bayi dengan wajah dan badannya kebiruan, kaku. Semut juga ada di leher dan dadanya," dakwanya ketika ditemui di Hospital Putrajaya di sini hari ini.

Muhamad Zamri mendakwa, pada ketika itu, terdapat dua pengasuh yang sedang menunggu kedatangan ibu bapa mengambil anak masing-masing dan mereka hanya menangis serta mengatakan tidak tahu apa sebenarnya berlaku.

Difahamkan, anaknya dihurung semut kerana telah meninggal dunia antara dan hingga tiga jam sebelum ditemui hingga mengakibatkan belakang telinga, mata dan belakang badan mempunyai kesan gigitan.

"Saya reda dengan ketentuan Ilahi namun terkilan kerana pihak taska langsung tidak menghubungi saya antara pukul 3 hingga 5.45 petang itu," dakwanya.

Dia berkata, biasanya Nur Imna Khalisa telah siap dimandikan pengasuh ketika dia datang untuk mengambilnya pada waktu berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Taska Putrajaya, Husna Abdul Rahman berkata, taska tersebut mempunyai lima pengasuh namun pada hari kejadian seorang daripadanya cuti sakit.

"Taska itu menjaga 33 kanak-kanak termasuk sembilan bayi dan enam transit selepas sekolah. Taska itu telah beroperasi lebih dua tahun," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, pihaknya telah mengambil keterangan pengasuh untuk membantu siasatan semalam.

Jelasnya, kes tersebut masih belum diklasifikasikan kerana keputusan bedah siasat tidak dikeluarkan lagi. ─ Utusan online

Read more…

Lelaki Digoda Bakal Adik Ipar Dengan Webcam 'Panas' Tapi Tidak Berjaya [Gambar]

Aku merupakan seorang lelaki yang sangat bahagia. Awek aku cantik dan kami telah bercinta selama lebih dari setahun, jadi kami memutuskan untuk bertunang.

Hanya ada satu hal kecil sering mengganggu aku, adik awek aku iaitu Fara yang lebih muda dan lebih cantik.

Calon adik ipar aku itu sering mengenakan baju yang sangat ketat dan selalu tanpa bra. Jika di rumahnya Fara seolah-olah sengaja dan sering membungkuk ketika di depan aku menyebabkan aku sering terpaksa melihat kemantapan dan keindahan flora dan fauna di sebalik bukit yang berkembar itu.

Suatu hari aku berkunjung ke rumah awek aku. Entah kenapa hari itu hanya Fara seorang diri berada di rumah lalu kami berdua lepak dan berborak berdua-duaan di dalam rumah.

Hari itu Fara mengenakan baju kuning yang nipis dan sangat ketat. Berkali-kali aku cuba membawa mata aku ke pohon-pohon rambutan dan pokok gajus di luar rumah namun usahaku hanya sia-sia.

Sedang asyik berborak tiba-tiba Fara mendekati dan membisikkan kepada aku bahawa dia sedang mempunyai perasaan dan keinginan yang tidak mampu ditahan lagi. Perlahan dia mengucap ditelinga aku bahawa dia ingin bercinta dengan aku sekali sebelum aku menikahi kakaknya.

Aku benar-benar terkejut dan diam tidak mampu berkata apa-apa. Kemudian perlahan-lahan dia bangun menampakkan lekuk seluruh tubuhnya sambil berkata “Fara ingin ke bilik, kalau abang mahu ikut la Fara.”
Aku merasa saat itu seluruh badan aku gementar melihat Fara selangkah demi selangkah perlahan dengan menggoda menaiki tangga ke biliknya.

Ketika berada di puncak tangga dia melepaskan seluar dalamnya dan melemparkan ke arah aku. Aku tidak dapat menahan lagi lalu terus menuju ke pintu rumah dan berlari keluar menuju ke keretaku.
Tiba-tiba kedengaran tepukan gemuruh dari bawah rumah awek aku, seluruh keluarga dan awek aku keluar dari bawah rumah dan semuanya bertepuk tangan.

Awek aku tersenyum bangga melihat aku, ayahnya mendekati aku lalu memeluk mengucap tahniah, “Kami sekeluarga merasa sangat gembira kerana kamu telah lulus ujian kami, kamu ternyata pemuda yang sangat baik dan tidak mudah tergoda dengan pujuk rayu wanita.

Read more…

Gempar!!! Peristiwa Aneh Yang Berlaku Di Malaysia Malam Tadi

Suatu perkara aneh telah mengejutkan umat Islam di sebuah negara yang diberi nama Malaysia yang telah berlaku kira-kira jam 8 hingga 10 malam tadi. Keanehan ini dijangka akan bertahan selama satu minggu atau dua minggu lagi.

“Saya terkejut!” kata seorang saksi memulakan ceritanya. “Semalam, masjid ini, besar dan luas,” sambungnya. “Tiba-tiba sahaja malam ini, masjid ini menjadi sempit dan kecil, terutamanya menjelang waktu isyak tadi.”

Perkara aneh, di mana masjid-masjid dan surau-surau di Negara ini menjadi kecil dan sempit berlaku, hampir di seluruh Negara pada malam ini.

Keanehan ini, amat dirasakan oleh umat Islam yang setiap hari atau selalu ke masjid sebelum ini. Namun bagi yang baru mengunjungi masjid atau surau pada malam ini, tidaklah dapat menyedari keanehan yang berlaku itu.

AJK kepada beberapa buah masjid dan surau dikatakan, sedang memikirkan untuk menuntut peruntukan daripada kerajaan bagi membesar serta meluaskan masjid dan surau mereka bagi menghadapi perkara aneh yang berlaku secara tiba-tiba ini.

Umat Islam, dinasihatkan supaya pergi ke masjid awal untuk mendapat tempat yang lebih selesa bagi menunaikan ibadah pada malam-malam yang akan datang.

p/s: jikalau anda paham dengan maksud artikel di atas, sebar-sebarkanlah untuk renungan bersama.

Read more…

PASANGAN TAK SEDAR AKSI GHAIRAH DIRAKAM CCTV [VIDEO]

Kamera Rakaman Tertutup (CCTV) tidak dapat dinafikan sangat membantu bagi menjadi ‘saksi’ setiap kali berlaku kejadian jenayah.

Begitu pun, jenayah yang dimaksudkan tidak semestinya kes bunuh, pecah rumah atau suami pukul isteri dalam lif semata-mata.

Ada juga jenayah ‘lain macam’ telah dirakamkan seperti aksi panas membabitkan mereka yang tidak dapat menahan nafsu.

Contohnya gambar dalam rakaman ini yang telah tersebar di internet. Tidak dapat dipastikan di mana lokasinya namun pihak terbabit dikatakan seorang bos bersama setiausahanya. Ada yang berkata melibatkan seorang doktor dengan jururawat…

Dalam aksi mereka yang dirakamkan di dalam lif, kedua-duanya kelihatan asyik berkucupan tanpa menyedari kamera merakam aksi tersebut. Apa yang lebih memalukan, wanita dalam rakaman ini memakai tudung.

Tak pastilah jika mereka suami isteri, tapi rasanya pelik sangat jika suami isteri tak dapat menahan nafsu sampai begini sekali, bukan.

Jika benar pasangan dalam rakaman ini sedang melakukan dosa, semoga mereka kembali ke pangkal jalan.

Nasihat ini juga ditujukan kepada ramai lagi individu; antaranya termasuklah suami dan bini orang yang sedang asyik mahsyuk dalam hubungan ‘skandal’ di luar sana. Kalau kantoi macam ini, mana nak letak muka?

Read more…