Showing posts with label Info Ngeri. Show all posts
Showing posts with label Info Ngeri. Show all posts

Saturday, November 1, 2014

FOTO-FOTO SEEKOR ULAR SAWA SEDANG BERJUANG MENELAN MANGSANYA BULAT-BULAT

 Ular adalah salah binatang yang suka memangsa mangsanya secara bulat-bulat, biasanya ularmelilit mangsanya hingga mati selepas itu menelan mangsanya tanpa dikunyah terlebih dahulu.Uniknya ular selalu memangsa binatang mangasanya mulai bahagian kepala, cara ini cukupberkesan untuk membuat binatang mangsanya cepat mati jika mangsanya masih matisehingga tidak ada kesempatan bagi binatang mangsa untuk melarikan diri. Mangsa makanandengan memasukkan kepala dulu kedalam mulutnya ternyata juga lebih memudahkan bagiular dalam menelan mangsanya. 


Ular boleh membuka mulutnya hingga 180 ° hingga mangsa yang saiz tubuhnya lebih besarakan dapat dengan mudah masuk kedalam mulut. Susunan gigi ular yang masuk ke dalam jugamembuat mangsa yang sudah masuk kedalam mulut akan sukar keluar kerana terhalang olehgigi-giginya. 


Boleh atau racun yang dimiliki ular itu disuntik melalui gigitan. Dan boleh ular itu ternyatamengandung enzim pencerna yang memudahkan ular mencerna makananya selepas ditelan.Nah, enzim pencerna ini boleh membubarkan dan menyerap segala sesuatu, kecuali rambutdan kuku. Keduanya akan dikeluarkan bersamaan dalam bentuk najis.


Makanan yang masuk ke perut ular, dicerna okeh ususnya yang bekerja terus menerus selamakurang lebih 48 jam atau kira-kira 2 hari. Makanya, selepas makan ular biasanya menjadi tidakaktif. Meski begitu, proses pencernaan di dalam perut tetap berlangsung. Penghadamanbekerja terus menerus, apalagi kalau ia habis makan mangsa yang besar. 


Oh ya, saat mencerna makanannya, ular juga sangat peka dengan suhu udara di sekitarnya.Suhu yang sesuai saat ular mencerna makanannya adalah 30 darjah Celsius. 


Suhu di sekitar ular ternyata sangat mempengaruhi tenaga metabolisme yang digunakan ularsaat mencerna makanan. Kalau tidak mendapatkan suhu yang sesuai, sering kali selepasmenelan mangsanya, ular memuntahkannya lagi. 


Berikut ini adalah foto-foto seekor ular sawa sedang berusaha menelan seekor babi yangmempunyai saiz badan lebih besar darinya. Dengan usaha yang gigih akhirnya ular sawa  menelan babi hutan bulat-bulat.













Read more…

Monday, October 13, 2014

Kepala Remaja Terputus Akibat Merempuh Besi Penghadang Jalan (3 Gambar)

Kepala Remaja Terputus Akibat Merempuh Besi Penghadang Jalan (3 Gambar) | Seorang penunggang motosikal berusia 21 tahun maut selepas kepalanya terputus akibat kemalangan di Kilometer 4.8 Jalan Persisiran Pantai Nusajaya kira-kira 4.25 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di lokasi nahas.
“Pada semalam kira-kira 4.25 pagi ada kemalangan maut berlaku di jalan berkenaan dan mangsa yang putus kepala meninggal di lokasi berkenaan serta merta.

“Punca kemalangan akibat mangsa gagal mengawal motosikal dan dipercayai menunggang laju ketika itu.
“Terdapat kesan darah pada besi penghadang dan mangsa dibawa ke hospital di Kulaijaya untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga,” katanya. - wowberita.org

Read more…

Monday, September 29, 2014

Malam Pertama Selepas Kejadian Ngeri Wanita Hamil Berkecai Digilis Kereta Api [Seram]

ALOR SETAR – Seorang wanita yang sarat mengandung ditemui meninggal dunia dalam keadaan mengerikan dengan anggota badannya terpisah, begitu juga janinnya, akibat dilanggar kereta api dalam kejadian berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa, Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, yang sarat mengandung tujuh bulan ditemui dalam keadaan anggota badan terpisah daripada bahagian pinggang ke bawah pada jarak kira-kira 50 meter manakala janinnya, dijumpai di tepi landasan kereta api oleh penduduk kampung.

Penduduk kemudiannya memaklumkan kejadian kepada polis.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 18 bulan dilihat berjalan di sekitar kampung berkenaan sambil menegur beberapa penduduk.

Tanpa disedari, Ku Nurul Shuhada masuk ke kawasan landasan kereta api yang berpagar itu.

Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Saiful, 43, berkata, Ku Nurul Shuhada memaklumkan mahu ke kedai yang terletak berhampiran kediaman mereka.
“Bagaimanapun, saya tidak sedap hati apabila isteri masih tidak pulang selepas 30 minit sedangkan kebiasaannya, ia hanya mengambil masa kira-kira 10 minit.

“Saya bersama bapa mentua, Ku Rosli Ku Hassan yang berusia 50-an, dengan bantuan penduduk kemudian keluar mencari Ku Nurul Shuhada di sekitar kawasan kampung tetapi gagal sebelum pulang ke rumah jam 10 pagi,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Alor Setar.

Menurut Saiful, tidak lama kemudian, penduduk kampung memaklumkan ada kejadian membabitkan orang dilanggar kereta api di belakang kampung, lalu dia pergi ke sana untuk mengetahui siapa mangsanya.

“Apabila melihat baju serta serangkai kunci kereta, saya terus sebak kerana tahu ia adalah mayat isteri kerana saya memang mencari kunci kereta dan arwah pula membawanya bersama.

“Isteri saya mengalami kemurungan sejak beberapa bulan lalu. Kami sudah melakukan pelbagai ikhtiar termasuk mengubatinya secara tradisional. Keadaannya berubah agak baik tetapi kembali teruk seperti sejak seminggu kebelakangan ini,” katanya.

Ku Rosli pula berkata, dia puas mencari anak sulung daripada lima beradik berkenaan selepas Ku Nurul Shuhada keluar dari rumah.

“Dia (Ku Nurul Shuhada) keluar rumah (ke kedai) dan lambat balik lalu saya keluar cari melilau (merata-rata) sampai ke hospital tapi dia tiada. Apabila balik rumah, orang beritahu ada kemalangan di landasan kereta api, saya tak sangka dia boleh ditimpa kejadian itu.

“Arwah salam saya dan salam serta cium ibunya juga sambil minta maaf kelmarin. Saya kata, dari dia beranak (lahir) sehingga la ni (sekarang), sudah maafkan dia (Ku Nurul Shuhada), selepas itu dia hanya gelak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika mengesahkan perkara terbabit berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dipercayai digilis kereta api barang yang dalam perjalanan dari arah Bukit Kayu Hitam menuju ke Pulau Pinang.

“Kami menerima laporan berkaitan kejadian jam 10 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar untuk melakukan siasatan di tempat kejadian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat,” katanya.

Read more…

Wednesday, September 24, 2014

Budak Terkejut Lintah Masuk Dubur

Budak Terkejut Lintah Masuk Dubur | Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Kampung Paya Rambai, Ketereh di sini melalui pengalaman mengerikan apabila seekor lintah yang saiznya lebih besar daripada ibu jari orang dewasa memasuki duburnya ketika dia menangkap ikan di sawah berdekatan rumahnya tengah hari kelmarin.

Bagaimanapun, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, tetap bernasib baik walaupun duburnya mengalami pendarahan akibat dimasuki lintah.

Ini kerana lintah tersebut yang boleh memanjang sehingga 25 sentimeter berjaya dikeluarkan setelah mengamalkan petua orang tua iaitu dengan makan belalang.

“Saya dan tiga orang rakan pergi ke sawah (yang terletak kira-kira 500 meter) dari rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur.

“Sebaik sahaja pulang ke rumah saya dapati dubur berdarah dan keluarga saya mengesyaki mungkin lintah telah memasuki dubur, lalu nenek menyuruh makan belalang.

“Sepuluh minit kemudian saya membuang air besar dan lintah tersebut keluar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kota Bharu semalam.

Read more…

Tuesday, September 23, 2014

Video Ngeri : Pelajar Arkitek Maut Tersepit Di Pintu Lif ( 2 Gambar)

Video : Pelajar Arkitek Maut Tersepit Di Pintu Lif ( 2 Gambar) | Rakaman video menunjukkan sebuah lif yang rosak turun naik hingga menyebabkan seorang pelajar mati ketika memasukinya, menjadi viral di China semalam.

Pelajar berkenaan yang terperangkap tidak dapat bertindak cepat ketika lif itu naik tiba-tiba ketika dia memasukinya. menyebabkan separuh badannya terperangkap dalam lif dan separuh lagi terjulur keluar.

Video itu dirakam kamera pengawasan dalam lif yang rosak itu di Universiti Huaqiao di bandar Xiamen, tenggara China.

Klip video selama tiga minit itu menjadi antara paling banyak dikongsi dalam media sosial di China sepanjang semalam.
Mangsa itu yang namanya tidak disiarkan dikatakan pelajar arkitek universiti berkenaan, berdiri di depan sekumpulan pelajar lain apabila pintu lif terbuka.

Seorang lagi pelajar berkata, dia dan mangsa menunggu lif itu di tingkat tiga.

Pintu lif itu terbuka dan bergerak ketika mangsa melangkah masuk.

Dia memberitahu media tempatan, mangsa kelihatan terkejut, tetapi tidak bimbang apabila lif itu naik ke atas.

Dia tidak sempat berundur apabila lif itu tutup mengheretnya naik hingga terkena rangka pintu, memerangkap separuh badannya dan kaki kiri di dalam lif, sementara bahagian lain terjulur keluar.

Pekerja penyelamat cuba membantu mangsa, tetapi dia disahkan mati di tempat kejadian kerana peparunya terhimpit menyebabkan dia tidak boleh bernafas.

Pihak berkuasa universiti berkata, mereka terkejut dengan kejadian itu.

Bagaimanapun, ini bukan kejadian pertama menyaksikan lif menjadi punca kematian.

Baru-baru ini, enam kejadian serius membabitkan lif dilaporkan dalam masa sebulan dan lima daripadanya menyebabkan kematian. HMetro

Video :

Read more…

Friday, September 19, 2014

KISAH SEBENAR DI SEBALIK KEMALANGAN NGERI PELAJAR UITM SHAH ALAM MAUT DILANGGAR KERETA DALAM KAMPUS

Seorang pelajar UiTM Shah Alam maut dikatakan dirempuh oleh sebuah kereta Volkswagen Passat ketika dalam perjalanan balik dari kelas petang tadi.

Sumber mengatakan kereta tersebut dipandu oleh seorang pensyarah dan telah pitam ketika memandu disebabkan oleh tekanan darah tinggi dan dipercayai telah tertekan pedal pemencut.

Mangsa, Fatin Farah Faraddia , merupakan seorang pelajar Fakulti Sukan di Universiti berkenaan.

Kejadian terjadi di berdekatan dengan Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi, UiTM Shah Alam. Dikatakan juga jalan di kawasan tersebut sememangnya sedikit berbahaya.

Al-Fatihah kepada arwah dan kepada semua yang mengenalinya, tabahkan hati anda. Benar kata orang, maut tidak mengenal tempat.

Mangsa merupakan seorang penuntut berusia 20 tahun UiTM Shah Alam. Kejadian berlaku pada 5.30 petang setelah mangsa baru selesai menghadiri kuliah di kampus berkenaan.

Ketika kejadian, mangsa sedang berjalan bersama rakannya sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang pensyarah wanita. Mangsa meninggal dunia 7.30 malam selepas dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sejurus kejadian dipercayai akibat pendarahan dalaman.

Pensyarah yang terlibat dikatakan mempunyai masalah kesihatan, menyebabkan beliau pengsan dan tertekan minyak sebelum merempuh mangsa.

Read more…

Monday, September 15, 2014

Kemalangan Ngeri di Kota Tinggi, Johor (5 Gambar)

Kemalangan Ngeri di Kota Tinggi, Johor (5 Gambar) | Kemalangan 2 buah kereta di Jalan Puteri Jaya, Kota Tinggi Johor pada pukul 9.33 pagi tadi. Mangsa 2 orang lelaki yang cedera parah telah dibawa oleh orang awam ke Hospital. Anggota Bomba bertindak membersihkan kawasan kemalangan. Operasi dilakukan oleh Zon Kota Tinggi. -TTO
Sumber: FB Page Bomba Malaysia

Read more…

Wednesday, August 20, 2014

Alfatihah! Pelajar SPM Pecah Kepala Digilis Lori

Assalamualaikum... Seorang pelajar perempuan sekolah menengah bersama neneknya telah dilanggar dengan teruk oleh lori mengikut sumber tempat kejadian adalah di Batu Pahat, Johor. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan kelalaian lori ataupun pihak mangsa. Kita haruslah berhati-hati di jalan raya, bak kata pepatah malang tidak berbau. Apabila ajal sudah sampai, maka tidak akan terlewat walau sesaat pun kita dapat mengelaknya.

Read more…

Friday, July 4, 2014

[3 Gambar] Besi Tertusuk Pada Punggung Gadis Cantik

Menerusi Harian Metro sebentar tadi, seorang gadis berusia 17 tahun terselamat dan bernasib baik walaupun anggota tubuhnya tertusuk tiga batang besi setelah jatuh dari atas sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan.
Difakamkan batang besi tersebut menembusi paha dan perut gadis tersebut sehingga terpaksa menahan kesakitan selama hampir 12 jam.

Gadis yang bernama Lovely dan berasal dari kampung Basantpur mengalami kemalangan ngeri itu selepas dia terjatuh dari tiang simen ketika hendak tidur.

Read more…

Tuesday, May 6, 2014

Ikan Piranha Makan Manusia Yang Mengerikan (5 Gambar)

Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai spesis ikan piranha yang ganas dan memakan apa saja lalu di hadapan mata ia termasuklah manusia seperti dalam filem-filem Piranha daripada tahun 1960-an lagi.

Haiwan yang mempunyai muka yang garang dan gigi yang tajam serta taring yang panjang memudahkan ia untuk membaham dan meratah mangsa di dalam air dan permukaan air.
Kita lihat gambar-gambar selepas serangan ikan Piranha ini dan keadaannya agak sadis dan mengerikan. Untuk yang lemah semangat dinasihatkan jangan lihat gambar yang seterusnya ya!
Tapi terpulang pada anda sendiri untuk menilai gambar di atas ini sama ada ianya adalah benar daripada serangan ikan piranha atau sekadar prop untuk filem Piranha di Hollywood. Maklum sajalah filem Piranha cukup laku di pawagam apabila ditayangkan. Hoh!

Read more…

Ngeri!! Jari Mereput Kerana Tak Dapat Tanggalkan Cincin [3 FOTO]

Ngeri melihat gambar-gambar ini. Adakah ia merupakan gambar betul?? Wallahualam. Tapi Inilah natijahnya apabila memakai cincin hingga satu jangkamasa yang terlalu lama. Nampaknya kalau tiada usaha lain, jari ini berkemungkinan besar terpaksa dipotong.

Bagi anda yang suka memakai cincin, ini adalah satu peringatan kepada supaya tidak leka atau terlupa mencabut cincin anda. Percaya atau tidak, 4 keping gambar dibawah sebagai buktinya.
Sumber

Read more…