Showing posts with label Info Fakta. Show all posts
Showing posts with label Info Fakta. Show all posts

Wednesday, November 12, 2014

Operasi Nombor Plat Kenderaan Diberhentikan Serta Merta


Operasi Nombor Plat Kenderaan Diberhentikan Serta Merta | Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai telah mengeluarkan arahan kepada semua Pengarah JPJ Negeri supaya penguatkuasaan ke atas nombor plat diberhentikan dengan serta merta.

Namun, penguatkuasaan lampu HID dan Strobe Light tetap akan diteruskan. Surat arahan telah dihantarkan kepada semua Pengarah Negeri secara faks untuk makluman semua anggota JPJ.



Read more…

Monday, November 10, 2014

LAGI KES LELAKI TERKENA JERAT WANITA CANTIK DI LAMAN SOSIAL


WOW!! TAK BUKAK BAJU MAKA TAK CINTA | Itulah ayat memikat yang digunakan awek cun untuk merakam tubuh mangsa.Mangsa yang menyangka awek cun tersebut sangat la sangap maka dia pun membuka pakaian sehelai demi sehelai macam penari tiang.Mangsa yang mahu dikenali sebagai John Tan, 30, berkata, dia mengenali suspek menerusi laman sosial Facebooknya sebelum mangsa mengajaknya membuat panggilan video menggunakan laman Skype.'Tak bukak baju maka tak cinta.' Itulah kata-kata perangkap yang akhirnya membuatkan seorang lelaki kini menyesal selepas menjadi mangsa ugutan seorang wanita yang merakamkan gambar gairahnya



Menurutnya, wanita yang menggunakan nama Sabrina Leung itu meminta bayaran RM10,000 dan mengugut akan memuat naik video mangsa ke laman sosial untuk tontonan umum sekiranya gagal membayar wang berkenaan.

Tan berkata, pada mulanya tidak menghiraukan ugutan itu namun terkejut apabila mendapati video aksi gairahnya sudah dimuat naik ke Youtube.


Tan mengaku dia terpedaya disebabkan riak wajah wanita itu yang cantik selain mempunyai tubuh badan menarik.

Read more…

Thursday, November 6, 2014

Punca Sebenar Kematian Adik Rafikin Akhirnya Terjawab


Punca Sebenar Kematian Adik Rafikin Akhirnya Terjawab | Berdasarkan laporan bedah siasat ataupun post mortem ke atas pelajar bernama Ahmad Rafikin, dia meninggal dunia berpunca daripada lemas.

“Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa lemas namun tidak terdapat kesan kecederaan serius pada anggota badan mangsa. Saya juga telah minta Pengarah Jabatan Perhutanan memberi penjelasan kerana kuasa membenarkan kawasan itu diadakan acara tersebut terletak di tangan mereka.

“Saya difahamkan trek itu tidak pernah digunakan sebelum ini. Jadi bagaimana boleh diberikan kebenaran dan mengapa tahap keselamatan tidak dipertingkatkan oleh penganjur,” kata Timbalan Ketua Polis Hulu Terengganu, Rosli Mohd Amir.


Read more…

Tuesday, November 4, 2014

Tahukah Anda Trafik Jem Terpanjang Didunia ialah Sejauh 260km!

Tahukah Anda? Ianya merupakan sejarah dunia, rekod traffic jem paling panjang dan paling lama pernah berlaku di dunia. 


Kejadian ini berlaku pada Ogos 2010 di sepanjang lebuh raya Beijing-Tibet dimana kesesakan jalan raya berlaku sejauh 260 km! 

Dikatakan kenderaan yang terlibat dalam kesesakan ini hanya mampu bergerak sejauh 1 km (0.6 batu) sehari dan ia mengambil masa selama 12 hari untuk pulih!





Read more…

Monday, November 3, 2014

Bermacam Ragam Pakaian Gadis Sekarang Yang Membuatkan Kita geleng kepala- versi Oh Dunia -


Semakin lama Dunia ini semakin Tua, beribu-ribu macam ragam gaya pun akan muncul. Entah dari mana asal gaya atau trend tersebut. Kita sebagai Muslim dan Muslimah yang baik, seharusnya perlu memfilterisasi semua permainan Dunia ini.



Muslimah yang baik ialah Muslimah yang menutupi dan Menjaga Auratnya sebaik-baiknya dari pandangan orang lain. Mulai dari Ujung Rambut sampai Kaki, kecuali muka dan telapak tangan.


Muslimah yang baik adalah Muslimah yang selalu memakai Jilbab dengan baik dan terlihat sopan. Jangan asal-asalan berjilbab. Dan juga kalau memakai Jilbab, harus dicocokkan dengan Pakaian yang anda pakai.
Jangan memakai Jilbab jika anda mengenakan baju lengan pendek dsj.
Jangan memakai Jilbab jika anda memakai pakaian yang Super Ketat.


Bagi Anda perempuan, pakailah Jilbab dengan benar. Kurang lebih seperti gambar dibawah.




Jangan memakai Jilbab seperti gambar gambar berikut ini: 















Kenapa? Apa ada yang salah dengan gambar gambar tersebut?

Ya Jelas ada yang salah, silahkan Anda perhatikan. Para Wanita pada gambar diatas memakai Jilbab asal-asalan.
Yaitu Mereka memakai Jilbab sekaligus Mengenakan Pakaian Ketat dan menonjolkan Payudaranya. Anda lihat sendiri Foto nya.


Apakah ini yang disebut Muslimah yang baik? Tidakkk!!!!


Terang saja, jika anda meniru seperti gambar diatas, sama saja Anda merupakan golongan dari Syetan. Sama hal-nya anda juga ikut Mengundang hawa Nafsu para Lelaki yang Melihat Anda.


Bukankah Jilbab sebagai Simbol Kehormatan Identitas Perempuan? 
Ya! Jadi mengapa Anda masih mengenakan Jilbab seperti di gambar? (ini bagi anda yang merasa saja)
Kalau begitu anda sama saja sudah menginjak-injak Kehormatan Identitas Perempuan itu sendiri, yaitu kehormatan Anda juga sebagai seorang Wanita.


Nah, Saudari.... Sadarlah...
Anda belum terlambat untuk merubah segalanya...


coment aku..semua sudah perempuan sudah leka dgn fesyen skrang..jadilah seorng wanita yg dipandang lelaki sebgai muslihat yg sedap mata memandang..bukan sebgai hawa nafsu .

Read more…

Sunday, November 2, 2014

(VIDEO) KUCING HAMPIR MAUT DITERKAM IKAN BERSAIZ BESAR


(VIDEO) KUCING HAMPIR MAUT DITERKAM IKAN KOI BERSAIZ BESAR | Seekor kucing, tengah asyik memerhatikan sekumpulan ikan koi di tepi kolam. Kucing itu mungkin lapar dan berharap boleh memakan salah satu ikan hiasan itu. 


Namun yang tejadi sebaliknya. Kucing tersebut nyaris maut diterkam ikan koi bersaiz besar. Ketika kepala kucing mendekati kolam, tiba-tiba, ikan koi bersaiz besar melompat dari dalam air dan menerkam kucing tersebut. Berdasarkan laporan dailymail, meskipun diterkam, nasib baik kucing tersebut tidak mati dan hanya mengalami sedikit luka.


Jom saksikan video berikut ini:


Read more…

Friday, October 31, 2014

Rahsia Yang Perlu Anda Tahu Tentang Seorang Yang Bergelar Ayah

 Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? Ayah selalu tanya, "Telefonlah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."

Kasihnya Ayah


Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian.

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan?? Kan ayah dah bagitau jangan minum air sejuk?? "

Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau!

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata; "Tidak boleh!" Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan perasaan yang sangat risau.

Ayah marah kita! Tahukah kita yang ayah tak nak apa-apa terjadi pada kita bila keluar lewat malam?

Setelah kita dewasa, ayah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar. Di saat kita memerlukan macam-macam, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi tanpa menolak. Beliau memenuhinya..

Saat kamu berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga walaupun kadang-kadang ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah, ayah sangat berhati-hati mengizinkannya, dan akhirnya.. saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita, ayah pun tersenyum bahagia..

Adakah kita tahu, ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia dan dia pun berdoa; "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik. Bahagiakanlah putera puteri kecilku yang manis bersama pasangannya".

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.

Itulah pengorbanan seorang ayah. Apakah kita masih belum sedar? Masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia?

Percayalah.. dia orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah. Tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita.

Kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat. Tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah?

Adakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan kepada ibu?

Kamu lupa masa kita kecil, ayah mendukung dan mencium kita?

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya: (Wahai Rasulullah, Siapakah orang yang paling berhak aku hormati? Nabi s.a.w bersabda: “ Ibumu.” Lelaki itu berkata lagi: “ Siapakah setelah ibuku?”. Nabi s.a.w bersabda: “ Ibumu.” Lelaki itu bertanya lagi: “ Siapa lagi setelah ibuku?”. Nabi s.a.w bersabda: “ Ibumu.” Lelaki itu bertanya lagi: “ Lalu siapa lagi sesudahnya?” Nabi s.a.w menjawab: “ Ayahmu.”) HR Bukhari.

Rasulullah saw bersabda, "Dosa-dosa besar: Syirik terhadap Allah, menderhaka kepada ibu bapa, membunuh diri dan bersumpah dengan dusta)", HR Bukhari.

Jadi, ketika mereka masih lagi hidup dan berdiri dihadapan kita, hargailah mereka.

‘Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku. Rahmatilah mereka sepertimana mereka telah mengasihiku sejak kecil..’ Amin..~

Read more…

Hikmah Dan Kebaikan Menyimpan Janggut

 Memang macho apabila lelaki berjambang. Tambah pula kajian saintifik banyak menemui manfaat kesihatan disebalik menyimpan simbol kelelakian itu.




Namun, antara kritikan yang sering diterima oleh lelaki apabila menyimpan jambang atau janggut ialah nampak kusut. serabut, tidak terurus, tidak ada duit hendak beli alat pencukur, macam pak Arab, mat Pakistan, nampak alim dan bermacam-macam lagi.

Sebuah kajian dari University of Southern Queensland, Australia yang diterbitkan dalam Jurnal Radiation Protection Dosimetry, menunjukkan bahawa janggut atau jambang mampu memberi perlindungan sebanyak 90 hingga 95 peratus pada wajah daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan kanser kulit.


                                                                       

Hasil kajian itu diperolehi selepas para penyelidik melakukan eksperimen menggunakan teknik dosimetri, iaitu mengukur jumlah penyerapan cahaya matahari dalam masa ditetapkan.

Hasil keputusan menunjukkan, bahagian muka yang dilindungi oleh rerambut, baik janggut, misai mahupun jambang didapati kurang terdedah kepada sinaran UV berbahaya berbanding dengan kawasan tidak berbulu. Oleh itu, semakin tebal dan panjang janggut, ia semakin baik kepada penyimpannya.

Dan jangan tidak tahu, kelebatan janggut sangat bermanfaat dalam mengekalkan kelembapan wajah lelaki.

Menurut seorang pakar dermatologi dari London, Dr. Nick Lowe, lelaki dengan imej berjanggut dan berjambang tidak perlu khuatir tentang kulit kering. Ini kerana dibahagian kulit berbulu terdapat kalenjer sebaceous, yang fungsinya merembeskan bahan berminyak, dikenali sebagai sebum.

Kehadiran sebum mampu memberi kelembapan muka sepanjang hari, seterusnya dapat memanjangkan sel-sel kulit supaya tidak cepat tua.

Manfaat memelihara janggut rupanya bukan sekadar tertumpu pada luaran kulit tetapi turut mempengaruhi kesihatan dalaman lelaki.

Fakta ini turut diakui oleh pakar perunding pernafasan di Klinik London, Dr. Felix Chua. Menurutnya, rerambut boleh bertindak sebagai penapis dan menghentikan habuk daripada memasuki saluran pernafasan. Dengan itu, gejala asma dapat dikurangkan dikalangan lelaki berjanggut.

Satu lagi penemuan saintifik yang sangat luar biasa mengenai kebaikan janggut ialah, ia berupaya meningkatkan kesuburan lelaki.

Daripada kajian saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat, berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron.

Dengan janggut ini juga, ia bukan sahaja boleh meningkatkan kesuburan lelaki, malah mampu merangsang dan menstabilkan kitaran haid dan menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Bagaimana pula caranya? Hanya menerusi sentuhan dengan isteri anda!

Jadi, bagi mereka yang belum dikurniakan anak kerana ada masalah kesuburan misalnya, adalah sangat digalakkan para isteri membelai dan menyentuh janggut atau jambang suami dengan penuh kasih sayang.

Kajian terhadap janggut ini menyerlahkan lagi bukti saintifik tentang sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW sejak 1,400 tahun dahulu.

Ajaran itu dijelaskan dalam satu hadis sahih dari Ibnu Umar r.a. bahawa Nabi bersabda, "Hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Musyrikin; kerana itu peliharalah janggut dan potonglah misai." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, jelaslah menyimpan dan memelihara janggut merupakan amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh semua nabi dan para sahabat terdahulu.

Saranan Nabi ini bertujuan supaya umatnya tidak sama dalam beberapa hal dengan orang musyrikin dan ahli kitab, yahudi serta nasrani.

Dengan imej sedemikian juga, ia jelas dapat membezakan antara lelaki dan wanita kerana Islam melarang kaum Adam menyerupai kaum Hawa, begitu juga sebaliknya.

Jadi, jangan malu dikatakan tidak kacak atau tua daripada usia dengan imej berjanggut. Serlahkan simbol kelelakian anda. Disamping nampak segak bergaya, anda telah melaksanakan sunnah Nabi.

Jangan perleceh dan mengejek mereka yang sedang menunaikan perintah Allah dan Rasul.

Anda bila lagi?

Read more…

Monday, October 13, 2014

MENARIK !!!Langkah Mudah Bagaimana Proses Terjadinya Lesung Pipit Di Pipi

Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yg dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini yg sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic.

Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir).

Selain itu, factor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi.
Lesung pipit atau lekuk kecil yg ada di pipi seseorang memang boleh menambah kecantikan atau ketampanan. Tapi tidak semua orang memiliki lesung pipit di wajahnya.

Kenapa ada orang yg memiliki lesung pipit dan ada juga yg tidak?

Beberapa masyarakat ada yg percaya dengan mitos bahawa lesung pipit boleh terbentuk dengan cara menusukkan ujung cili ke pipi bayi.

Tapi ternyata mitos tersebut tidaklah benar kerana lesung pipit terjadi akibat kelainan dari otot pipi yg diturunkan.

Lesung pipit boleh muncul di kedua pipi atau hanya di salah satu pipi saja dan biasanya akan terlihat dengan jelas di wajah seseorang ketika sedang tersenyum, bercakap atau tertawa.

Beberapa orang memiliki lesung pipit yg dalam dan sangat terlihat, sedangkan yg lainnya hanya samar-samar. Fenomena lesung pipit dipengaruhi oleh faktor genetik dan diperlukan gen lesung pipit yg dominan.

Jika salah satu orang tua memiliki lesung pipit, maka ada kemungkinan lesung pipit ini akan diturunkan ke generasi berikutnya. Anak-anak yg terlahir dari salah satu orangtua dengan lesung pipit akan memiliki kesempatan sebesar 25-50%.

Seperti dipetik dari NCTimes, Rabu (29/12/2010) Dr Joel Pessa, seorang ahli bedah plastik di University of Texas Health Science Center dalam majalah yg diterbitkan jurnal Clinical Anatomy tahun 1998, menuturkan lesung pipit disebabkan oleh kecacatan dari otot zygomaticus utama.

Ketika seseorang tersenyum atau bercakap, maka ada daya tarik dari kulit yg membuat lesung pipit muncul akibat efek penarikan kulit tersebut.

Hal ini diketahui setelah peneliti membedah anatomi wajah 50 mayat yg memiliki lesung pipit.

Lesung pipit umumnya tidak nampak ketika seseorang sedang diam, kerana otot pipi tersebut tidak mengalami penarikan atau dalam posisi diam. Beberapa orang ada yg hanya memiliki lesung pipit ketika masih kanak2 atau remaja.

Hal ini kerana seiring waktu otot wajah ini secara perlahan akan meregang yg membuat lesung pipit memudar atau hilang.

Read more…

Friday, October 10, 2014

Kenali Sifat-Sifat Wanita Melalui 7 Saiz Payudara [Foto-Foto]

Ada pihak mengatakan bahawa bentuk payudara mempengaruhi sifat peribadi seseorang wanita itu. Apa pun, mari baca 7 sifat wanita berdasarkan bentuk payudara yang Kotak Comel kongsikan di bawah ini.

1) PAYUDARA BESAR
Wanita yang memiliki payudara besar adalah wanita yang tidak suka dikongkong kebebasannya. Mudah bagi wanita ini untuk memulai hubungan dengan lelaki kerana dia suka menyambut semua orang dengan hangat, terbuka dan ramah. Selain itu, dia juga mempunyai pemikiran luas, rendah hati, dan baik hati. Tapi dia tidak mudah memaafkan orang lain yang pernah melakukan kesalahan terhadap dirinya. Wanita ini bercita-cita berkahwin dengan lelaki yang menghormati kebebasan dan suka gaya hidup yang aktif. Jejaka idolanya adalah lelaki yang bertanggungjawab dan sentiasa bersedia mengharungi masalah bersama.

2) PAYUDARA MONTOK
Wanita berpayudara yang montok tidak pernah bertahan lama dalam ikatan yang serius. Kadang kadang dia tidak peduli dengan perasaan orang lain.Dari luar wanita ini tampak seperti orang baik dan bertanggungjawab, namun di dalam hatinya emosinya meledak-ledak walau hanya menghadapi masalah yang kecil. Lelaki yang berbadan macho dan juga jenis ikut perintah adalah dambaan wanita berdada montok ini. Tetapi jika wanita ini sudah terikat dalam pernikahan, dia akan menjadi seorang yang menjaga keluarganya termasuk memenuhi keperluan keluarga dan jujur pada suaminya.
3) PAYUDARA NAIK KE ATAS
Wanita jenis yang ini sangat mudah diatur, setia pada pasangannya, selalu waspada, dan menyukai orang yang bercakap straight to the point. Wanita ini cenderung memilih lelaki yang sesuaian dengan kriterianya. Kerana sekali dia jatuh cinta, maka dia akan setia pada pasangannya. Bahkan dia tidak berkeberatan jika sang suami memintanya menjadi ibu rumah tangga dan menjaga anak-anaknya di rumah. Lelaki ideal bagi wanita ini adalah lelaki yang mempunyai rasa humor tinggi dan mempunyai keperibadian yang terbuka. Untuk memilih pasangan hidup, wanita ini tidak akan menilai dari harta, tapi latar belakang keluarga si lelaki.

4) PAYUDARA AEROLAE LEBAR
Wanita yang mempunyai saiz dada aerolae lebar, lebih cenderung bersifat maskulin atau lebih dikenali sebagai tomboy. Umumnya, sifat tomboy ini akan menghilang ketika wanta ini meninglay usia, malah dia lebih kearah feminim. Tapi wanita ini tidak menyukai tekanan atau kengkangan dari orang lain. Sangat sulit baginya untuk menjadi seorang yang rendah hati di hadapan orang lain kerana harga dirinya yang tinggi. Dia suka membanding-bandingkan teman antara satu dengan yang lain. Lelaki yang secocok buat wanita ini adalah yang boleh dipercaya dan selalu berada di sisinya ketika susah dan senang.

5) PAYUDARA MELEBAR
Sifat wanita ini periang dan sentiasa tersenyum. Sayangnya, wanita ini suka membual dan membesar-besarkan masalah. Tambahan pula, wanita ini mudah sekali marah, tidak suka dikongkong tapi cepat menolong orang lain yang berada dalam kesusahan. Wanita ini jenis seorang yang jujur dan berterus terang ketika mereka berurusan hal yang berkaitan dengan emosi. Walaupun wanita ini biasanya tidak hidup dalam kemewahan, tapi dia termasuk dalam wanita yang berhemah. Lelaki yang merupakan anak pertama dalam keluarga, tidak sepadan dengan wanita ini. Anak pertama mempunyai sifat suka mengatur kerana pernikahan baginya bukanlah hal yang menyenangkan. Wanita sebegini terikat pernikahan, dia akan berubah.

6) PAYUDARA TURUN
Pemilik payudara ini seorang wanita yang sangat sensitif. Dia akan merasa dikhianati jika kekasihnya tidak menghargai perhatian yang diberikannya. Akhirnya, wanita ini akan menangis dan kehilangan kepercayaannya pada hubungan cintanya. Selain itu, pemiikiran wanita ini sangat cetek dan tidak berpengalaman. Dalam rumah tangga, wanita ini adalah penyeri suasana kerana sifat semulajadinya yang baik hati, terutama dalam menyambut suaminya setelah penat bekerja. Lelaki yang menjadi pilihan wanita ini adalah lelaki yang berani dan teguh dalam pendirian.

7) PAYUDARA KECIL
Wanita ini tidak pernah menolak permintaan orang lain kerana sifatnya yang terbuka, mampu memahami orang lain dan sabar membuat wanita ini dikenal sebagai seorang yang baik hati. Mungkin kebaikan ini muncul kerana dia suka mencampuri urusan orang lain. Wanita ini bercita-cita menjadi ibu rumah tangga yang bijak bagi anak-anaknya. Pasangan yang secocok bagi wanita ini adalah lelaki yang mempunyai pekerjaan tetap. Keran wanita ini tidak tahan menghadapi stress berpanjangan. Jika mengalami stress dia akan dengan mudah terkena penyakit.

Read more…

Monday, September 29, 2014

10 Pekerjaan Yang Sudah "Pupus"

Banyak pekerjaan sekarang tidak wujud 30 atau 50 tahun lepas, begitu juga sebaliknya; terdapat banyak pekerjaan yang sudah tidak lagi wujud kerana kemajuan teknologi dan peredaran zaman.

Mari kita lihat 10 Pekerjaan yang sudah tidak lagi wujud...

1) Pemotong Ais
Sebelum wujudnya peti sejuk moden, pemotong ais ditugaskan untuk memotong bawang bongkah ais untuk menyejukkan makanan dan sebagainya.

2) Tukang Tangkap Tikus

3) Tukang Nyala Lampu
Sebelum wujudnya lampu jalan eletrik, tukang nyala lampu bertugas menyalakan, memadam dan juga mengisi semula lampu-lampu pelita minyak di pekan.

4) Tukang Atur Pin Bowling
Cuba teka, apa tugas mereka? 

5) "Jam Loceng"
Sebelum wujudnya jam loceng seperti hari ini, mereka ini diupah untuk mengejutkan pekerja-pekerja kilang pada waktu pagi supaya mereka tidak lewat ke tempat kerja.

6) Operator Papan Suis
Pada awal pengenalan telefon, talian telefon perlu dihubungkan secara manual menggunakan papan suis (switchboard)

7) Juruhebah di Kilang
Lebih kurang seperti DJ radio, biasanya mereka akan membaca berita tentang kesatuan sekerja atau membuat lawak untuk menghilangkan bosan pekerja.

8) Jurumudi Kayu Balak
Sebelum wujudnya sistem pengangkutan moden, kayu balak hanya dihanyutkan arus sungai dengan jurumudi yang akan memastikan kayu balak selamat sampai di pengkalan balak di hilir sungai.

9) Pemunggah Kubur
Mereka ini diupah untuk menggali kubur dan "mencuri" mayat untuk dijadikan "cadaver" (mayat untuk pembelajaran) di universiti.

10) Pendengar Kapal Terbang Musuh
Sebelum wujudnya teknologi radar, beginilah caranya kapalterbang musuh dikesan.
Wow!

Read more…

Kisah Kematian Allahyarham Dato' Sudirman Hj. Arshad Yang Tidak di Ketahui Umum!

Pada 17 Julai 1991, Sudirman Hj. Arshad telah dibawa ke Pusat Perubatan Tawakal Kuala Lumpur selama empat hari selepas jatuh pengsan ketika membuat persembahan di Butterworth, Pulau Pinang. Dia menghembuskan nafas terakhir pada 22 Februari 1992, jam 4 petang ketika berusia 37 tahun di rumah kakaknya, Datin Rudiah selepas tujuh bulan menghidap pneumonia.

Jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chengal, Temerloh berdekatan dengan kubur kedua ibu bapanya.

20 tahun sejak pemergiannya, kami ingin menyenaraikan sepuluh perkara tentang Allahyarham yang menjadikan beliau insan yang cukup bernilai untuk diingati.

1. Sudirman Hj. Arshad telah dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang sebagai anak bongsu daripada tujuh beradik. Selepas menolak biasiswa pengajian perubatan, beliau telah mengambil ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya dalam bidang undang-undang. Beliau sudah pun praktis sebagai peguam sebelum membuat keputusan menjadi seorang penghibur.

2. Beliau merupakan yang pertama dalam banyak perkara. Sudirman merupakan penyanyi Malaysia pertama yang membuat persembahan di The Paddock, Hotel Hilton, Kuala Lumpur pada 1983. Beliau adalah duta nyanyian pertama bagi Proton, Malaysia Airlines dan Honda Cup. Beliau menjadi ahli kehormat kad pioneer Bank Hong Leong dan beliau juga artis Malaysia pertama yang menjadi muka depan majalah "Malaysian Business" dan "Asian Business".
Sedutan filem "Kami".

3. Selain menyanyi, Sudirman juga berlakon dalam sebuah filem sahaja yang berjudul "Kami" pada tahun 1982. Sudirman turut menghasilkan runut bunyi bagi filem berkisar tentang dua anak yatim di jalanan Kuala Lumpur ini dan diberi judul "Pelangi Petang". Lagu tersebut diangkat sebagai sebuah lagu ikon dalam industri muzik Malaysia.

4. Sudirman akan melakukan apa saja buat orang yang disayanginya. Beliau telah menerbitkan album buat anak saudara kesayangannya, Razman Azrai (Atai) di bawah Sudirman Productions pada tahun 1985. Pada bulan April 1983, Sudirman juga telah menyanyikan sebuah lagu bertajuk "Mama" buat Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Sebelum pemergiannya, Saloma menyatakan rasa terharunya atas kesudian Sudirman menciptakan lagu buatnya.

5. Pada 15 April 1986, Sudirman telah menjadi artis pertama yang mengadakan konsert terbuka di Jalan Chow Kit dan menarik seramai lebih 100,000 peminat. Konsert tersebut telah menyebabkan kesesakan jalan sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Muda ke Jalan Raja Alang. Beberapa orang peminat pitam, ada yang sesak nafas dan terpaksa digegaskan ke hospital. Namun ia menjadi konsert paling bersejarah di Malaysia.
Orang ramai membanjiri konsert terbuka Sudirman di
Jalan Chow Kit pada tahun 1986.

6. Sudirman telah memenangi gelaran 'Penghibur Terbaik' pada Anugerah Muzik Asia 1989 yang diadakan di Royal Albert Hall, London. Beliau telah menewaskan pesaing hebat seperti Leslie Cheung (Hong Kong), Anita Sarawak (Singapura), Epo (Jepun), Kuh Ledesma (Filipina) dan ramai lagi.
Sudirman bukan sahaja aktif dalam nyanyian, tetapi pandai menulis.

7. Selain menyanyi dan berlakon, Sudirman juga mempunyai bakat menulis dan melukis. Beliau telah menulis autobiografinya, "Dari Dalam Sudir" selain melukis beberapa kartun dan penulisan kolum dalam beberapa majalah dan akhbar seperti Karangkraf. Beliau juga seorang wartawan dan kolumnis yang hebat dan antara ahli politik yang pernah beliau temuramah adalah Tun Ghaffar Baba.
Sudirman bersama air karbonat Sudi menjadi muka hadapan
majalah Mastika edisi April 1991.

8. Sudirman adalah penyanyi pertama Malaysia yang berjaya mempromosi air karbonat popular Sudi bersama majalah perniagaan dan program televisyen dari Australia hinggalah ke Hong Kong. Dalam masa enam bulan, Sudi berjaya menembusi pasaran air karbonat sehingga lima peratus. Kemudiannya dia telah membuka kedai pakaian francais Sudi Shoppe dan restoran Sudi.

Sudirman (empat dari kiri) bersama pesaingnya di Anugerah Muzik Asia 1989.

9. Syarikat rakaman EMI London pernah membawanya bekerjasama dengan trio penerbit British, Stock, Aitken & Waterman yang pernah bekerjasama dengan Kylie Minogue, Jason Donovan dan Rick Astley untuk pasaran antarabangsa dengan lagu berjudul "Love Will Find A Way". Dia pernah dibawa ke studio rakaman Abbey Road Studios yang pernah digunakan oleh The Beatles untuk merakamkan album, tetapi meninggal dunia tidak berapa lama kemudian.
10. Sudirman telah dinamakan sebagai 'Duta Nyanyian Malaysia' oleh Kementerian Pelancongan Malaysia (MTDC). Dia juga adalah suara di sebalik lagu MTDC, "To Know Malaysia Is To Love Malaysia" yang direka oleh penyanyi, penulis lagu dan calon Anugerah Grammy, Emmy dan Oscar, Carol Connors. Dia juga turut dilabel sebagai 'Dinamit Nyanyian' oleh wartawan Singapura. 

Nyanyiannya turut mendapat tepukan gemuruh dan penghormatan di Australia, Jepun, Kuwait dan juga Amerika Syarikat. Pengurus kepada kumpulan penyanyi George Michael, Wham!, Simon Napier-Bell pernah mengatakan bahawa Sudirman adalah 'institusi kepada industri muzik Malaysia'. Dia juga turut dikenali sebagai 'Peguam Yang Menyanyi', 'Penyanyi Orang Ramai' dan juga 'Elvis Malaysia'.

Read more…