Sunday, July 13, 2014

WTF : Dulu Dia Kritik Pembedahan Kosmetik Sekarang Dia Sendiri Buat

SINGAPURA: Kenyataannya, kecantikan akan membuka banyak pintu peluang kepada seseorang itu.

Penulis blog tempatan, Peggy Heng, 23, tanpa segan silu mengaku membuat pembedahan kosmetik untuk meningkatkan kariernya sebagai seorang model dan peserta pertandingan kecantikan.

Sebelum ini, dia sering mengkritik mereka yang sanggup melakukan pembedahan kosmetik untuk kelihatan cantik.

Perubahan sikapnya jelas. Seperti ramai yang dipengaruhi oleh kecantikan, dia turut terikut-ikut kerana mahu menjadi terkenal dan kaya melalui kecantikan wajah.

Malah, dia menjadi seorang mata duitan, sekali lagi tanpa segan silu.

Sebelum perjalanannya ke Seoul untuk pembedahan kosmetik Julai lalu, dia menawarkan The New Paper, paparan eksklusif untuk apa yang dilalui ketika pembedahan itu.

Minggu ini, Heng mahu berkongsi mengenai perjalanan menjadi seorang yang cantik.

“Saya rasa sangat gembira sekarang malah lebih yakin daripada dulu,” katanya.

Katanya, “Sebelum ini saya bimbang sudut mana untuk kelihatan cantik di depan kamera tetapi sekarang saya tidak bimbang lagi dan sangat gembira dengan hasilnya.”

Pembedahan mata dan hidung, menelan belanja 16 juta won (RM45,000 dan ditaja oleh syarikat pembedahan kosmetik Korea, Item Clinic.

Katanya, tidak semua orang nampak perbezaan sebelum dan selepas pembedahan kosmetik itu dan hanya anggota keluarga terdekat dapat melihat bahagian mana yang melalui pembedahan kosmetik.

Ini kerana orang ramai perlu melihatnya tanpa mengenakan alat mekap.

Antara kekurangan yang tidak disukainya sebelum pembedahan termasuk mata yang kecil, hidung bulat, dagu lebar. - TNP

0 comments:

Post a Comment