Monday, June 23, 2014

VIDEO CALL:RITA RUDAINI DEDAH AIB AIDIL DAN BINI BARU.

PENDEDAHAN RITA RUDAINI MENGENAI KONTROVERSI MELANDA AIDIL:

Apa yang saya beritahu sebelum ini semuanya daripada mulut Aidil sendiri. Kalau bukan dia yang cakap isterinya itu yang sekat aplikasi Whatssapp dan Wechat, mana mungkin saya boleh tahu dan berkata sedemikian. Aplikasi Whatsapp itu disekat sebelum mereka berkahwin dan Wechat itu pula selepas berkahwin.

Aidil yang meminta saya muat naik aplikasi Wechat sebab senang nak berhubung dengan anak secara ‘video call’. Saya menolak sebab tidak suka menggunakan aplikasi yang jarang digunakan. Akhirnya saya akur kerana dia menggunakan alasan anak-anak.

Selepas muat naik, dia sempat buat panggilan video sekali sahaja dan disekat oleh isterinya tiga hari selepas itu kerana kantoi dia berhubung dengan saya dan anak-anak. Kemudian, Aidil menghubungi saya menggunakan nombor lain. Saya tanya, mana pergi telefon lagi satu dan Aidil menjawab isterinya ambil.
Bila saya tanya kenapa, dia jawab lagi isterinya itu terjumpa ‘history’ panggilan video yang pernah dibuat sebelum ini. Saya cakap dengannya, kenapa perlu takut sedangkan apa yang dia buat itu adalah untuk anak-anaknya sendiri.

Aidil juga cakap, dek kantoi dengan aplikasi Wechat itu dia dan isterinya bergaduh sehingga habis barang-barang di rumah dipecahkan.
Sebulan sebelum dia kahwin ada beberapa kali dia datang berjumpa anak-anak. Saya ingat lagi, dia pernah bersumpah yang mana tidak ada sesiapa yang boleh menghalang dia berjumpa dengan anak-anaknya.

Ketika itu saya rasakan dia sudah berubah sepenuhnya. Saya yakinkan anak-anak untuk berjumpa dengannya. Disebabkan anak bongsu, Arjuna tidak pernah kenal siapa dia, saya memberitahu yang Aidil itu adalah ayahnya. Ketika itu Arjuna sempat cakap, kalau betul ayah kenapa dia tinggal Adik Mok (gelaran untuk Arjuna).

Aidil cakap bagi peluang untuk dia jalankan tanggungjawab terhadap anak-anak. Saya cakap balik, soal itu memang sudah lama menjadi tanggungjawabnya dan tidak perlu minta daripada saya. Tapi, bila dia hilang lagi saya pun cakap untuk diri sendiri cukuplah apa yang dia buat. Saya rasa sudah tidak terkira janji-janjinya. Tidak perlu berikan 1001 alasan dongeng kerana saya dan anak-anak sudah malas dan tidak hadap lagi untuk menunggu sebarang panggilan atau mesej daripadanya.

Bila anak masuk hospital saya sengaja tak letak gambar di Instagram. Selepas hari keempat barulah saya muat naik. Lepas tu, baru dia mesej saya. Memang saya tak membalas mesej tersebut sebab saya rasa dia sudah tidak layak untuk ambil tahu fasal anak-anak.

Takkan anak masuk hospital baru nak mesej? Takkan semua perkara saya pula kena kemaskini dengannya? Nanti saya pula dikata mengganggu rumah tangga mereka meski ia berkaitan hal anak. Dia yang perlu buat semua itu sebab dia bapa kepada anak-anak saya.

Bila fikir balik janji-janji yang dia berikan sewaktu mula-mula berjumpa anak iaitu sebelum dia berkahwin, memang geram dibuatnya. Mana janji yang nak berikan duit sekolah anak-anak? Mana janji nak berikan pembantu rumah Filipina? Semua itu dia pesan jangan beritahu sesiapa sebab nanti bakal isterinya marah.
Saya pegang janji dan hal yang dia mengadu dengan saya.

Tapi bila semua ini dia salahkan saya balik dan cakap saya mulut jahat, saya tak boleh diam. Saya perlu cakap semuanya yang itulah perangai sebenar Aidil. Kalau depan saya dia boleh bercerita buruk fasal isterinya, tak mustahil depan isterinya dia burukkan saya.

Rita juga memberitahu, Aidil pernah mengadu dengannya kira-kira dua minggu sebelum majlis pernikahan kerana tidak mahu berkahwin dengan Zarema.
Pernah satu hari Aidil datang dengan menaiki kereta lain. Bila saya tanya mana kereta, dia jawab perempuan tu ambil sebab tak benarkan dia jumpa anak. Aidil siap cakap, dia tebalkan muka untuk meminjam kereta kawannya semata-mata mahu pergi jumpa anak.

Dua minggu sebelum mereka dinikahkan, Aidil juga mengadu yang dia tak mahu kahwin. Dan ketika dia cakap hal itu, Aidil mengatakan bakal isterinya itu sedang berparti di luar. Saya cakap dengannya, sepatutnya hal ini mengadu pada ibu bapanya, apa yang Aidil cakap adalah dia takut.

Selain itu, Aidil juga pernah sewakan saya dan anak-anak sebuah bilik di hotel ternama di KL bagi memudahkannya pergi berjumpa anak. Sedangkan pada hari itu saya kena balik kampung. Mengenangkan dia teringin sangat nak jumpa anak-anak, saya batalkan penerbangan. Dan hal itu juga diketahui oleh bakal isterinya.

Tidak hanya itu, Aidil juga mengadu yang habis duitnya digunakan bagi menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan.

Bukan setakat tu sahaja, akaun Instagram Aidil juga dikawal oleh isterinya sebelum mereka berkahwin lagi.
Aidil ada cakap yang perempuan itu menggunakan akaun Instagramnnya untuk membalas semua komen-komen peminat yang mengkritiknya.

Saya bukan perempuan yang senang nak diperkotak-katikkan. Dia gunakan persengketaan kami untuk menutup salahnya. Apa yang saya ceritakan ini bukan fitnah tapi semuanya daripada mulut Aidil sendiri. Saya perlu bela diri kerana saya memang jenis yang lantang dan telus daripada bersikap ‘silent killer’ seperti dia.

Fuh tak sangka sampai macam tu sekali persengketaan antara Rita Rudaini, Aidil dan Zarema, Dah macam konflik dalam drama pula. Apapun semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan segera. Kesian pada anak-anak yang kurang perhatian daripada bapa.-OB

Read more…

Penampilan Fouziah Gous Dengan Mini Skirt dan Rambut Blonde

Pada awalnya, pasti ramai yang terkejut dan terngiur melihat sekeping gambar Fouziah Gous yang hanya berskirt pendek dan berambut blode sambil membuat pose yang bergitu seksi. Mana taknya, dengan baju paras dada yang berwarna putih dilihat begitu men-gg-oda pasti ramai yang mula memandang serong terhadap artis ini.
Walaubagaimana pun, selepas melihat kepada caption gambar tersebut, ia sebenarnya gambar yang telah diedit menggunakan teknik super impose. Gambar tersebut telah diedit dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Namun Fouziah Gous mengambil langkah professional dengan tidak memperbesar perkara ini dan menganggap gambar tersebut hanyalah satu bahan jenaka.

Read more…

Wajah Sebenar Bert, Kekasih Baru Nabila Huda Pemilik Restoran Kulkats Barrio Yang Kacak!

Wajah Sebenar Bert, Kekasih Baru Nabila Huda Pemilik Restoran Kulkats Barrio Yang Kacak! - Sebelum ini Gossipanas ada menyiarkan beberapa keping gambar Nabila Huda bersama kekasih barunya namun hanya melalui pandangan sisi sahaja.

Kali ini menerusi portal Astrogempak, sekeping gambar mesra telah dimuat naik oleh Nabila bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Bert. Beliau merupakan seorang jejaka tampan yang juga pemilik restoran terkenal iaitu Kulkats Barrio di Taman Tun Dr Ismail [TTDI] Damansara.
Jom saksikan dua keping gambar mesra mereka di bawah...
p/s: jangan tunggu lama-lama Nabila, khawin la cepat-cepat, tak baik dipandang orang berkepit lama-lama... - Gossipanas.blogspot.com

Read more…

Zara Zya Hampir Maut Dalam Kemalangan

Kereta milik pelakon utama drama popular ‘Love You Mr Arrogant’, Zara Zya, remuk selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas di Batu 3, Jalan Pantai di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, sebuah kereta model Honda Prelude dikatakan terbabas sebelum merempuh empat kenderaan yang diletakkan di bahu jalan termasuk kereta model Suzuki Swift milik pelakon wanita itu.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama rakan-rakan sedang menjamu selera di sebuah gerai tepi pantai di Bagan Pinang di sini.

Menurutnya, dia bagaimanapun terkejut sejurus mendengar bunyi dentuman kuat dari arah tempat keretanya diletakkan.

“Sejurus mendengar dentuman itu, saya dan rakan bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati kereta saya remuk teruk akibat dirempuh. Namun saya bersyukur kerana tidak berada di dalam kereta ketika kejadian”

“Saya tidak menyangka kedatangan ke Port Dickson kali ini untuk bercuti menjadi pengalaman mengejutkan dan esok (semalam) kami akan balik ke Damansara, Kuala Lumpur,” katanya.

Read more…

Gempar Kes Emma Maembong meminta topup Orang ramai di Facebook

Siapa yang tidak mengenali Emma Maembong kan? Kekasih Zizan Razak yang sangat cantik comel dan putih gebu ini. Namun sudah lumrah hidup seorang artis beliau juga tidak lari daripada pelbagai kontroversi. Terbaru dikatakan bahawa Emma Maembong meminta sedekah Topup daripada pengguna-pengguna di Facebook.

Modus operasinya mudah, orang itu menyamar jadi Emma Maembong dan akan meminta duit/top up. Jangan terpedaya dengan nombor 0149237100.

2 oramg kakak Emma iaitu Shikin dan Beby Maembong telah memberi peringatan kepada semua peminat Emma Maembong agar tidak tertipu dengan scam Emma Maembong tersebut.

Ini kata-kata Beby Maembong:
"Hadoi!! Apa la diaorg nie.. Ada bukti dia msg2 org.. Kebetulan org tu kenal our sister so dia screen shot tanya betul ke.. Sbb emma xkan memintak kat org lah... Jahat betul.. Geram mak "

Jom ikuti penjelasan Shikin Maembong di bawah ini :

Read more…

Shahrini Bangga 'Buah Dadanya' Ditandatangani oleh Bintang Sukan Terkenal Dunia

PANAS! Artis Indonesia Shahrini, dengan selamba menayang-nayang bajunya yang telah ditanda tangani oleh David Beckham di khalayak ramai-ramai.

Kejadian berlaku ketika pasukan LA Galaxy mengadakan perlawanan persahabatan dengan negara Indonesia. Shahrini, yang merupakan penyanyi terkenal di negara jiran dengan rupa paras yang cantik dan imej yang s3ksi telah dipilih untuk menjadi duta bagi menemani pemain David Beckham.

Dia mengambil kesempatan itu untuk mendapatkan tanda tangan David Beckham pada buah d4d4nya dan dia dilaporkan sempat mencium pipi pemain dari England itu.

Jom lihat gambar-gambar Shahrini dengan bangga tayang 'buah hidupnya' ditandatangani David Beckham:

Read more…