Monday, September 1, 2014

Biodata Aimi Najwa Bt Jul Baharin - 5 Gambar Fesyen Tudung Aimi Najwa

Inilah tudung paling besar gedebak pernah penulis tengok kat Malaysia.

Muncul dalam rancangan Wanita Hari Ini semalam, wanita yang bernama Aimi Najwa ini mencuri perhatian ramai apabila fesyen tudung yang dipakainya mengalahkan rambut Rosmah Mansor kui..kui...kui..

Selepas menggodek laman sosialnya, penulis mendapati beliau adalah seorang Model dan Freelance Graphic berusia 20-an tahun dan tinggal di Rawang, Selangor.

Saksikan beberapa lagi fesyen tudung yang dipakainya...

Dari sudut agama pemakaian sebegini :
...Berat mata memandang berat lagi kepala yg memikulnya... ;)
“ Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana , lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Read more…

BAYAR CASH!!! Aliyaa Magda Alirkan Darah Haid Atas Kalimah Allah Akhirnya Meninggal Dunia!

Seorang gadis Mesir yang menimbulkan kontroversi semalam apabila alirkan darah haidnya di atas kalimah Allah terlibat dalam kemalangan jalan raya menurut sumber dari Upi.com.

Namun kebenaran berita ini masih tidak dapat dipstikan lagi.

Apapun kita sebagai manusia harus ambil ikhtibar dari insiden ini. Alangkah ruginya sebagai manusia jika tidak sempat bertaubat tapi mati dalam keadaan yang sangat mengerikan.

Read more…

Video Staff Digi Kurang Ajar Di IOI Mall Puchong Tersebar, dan Respon dari Pihak DiGi

Menerusi laman sosial, sebuah video kini tersebar luas dan viral di laman sosial dimana satu rakaman aksi kurang sopan pekerja Digi terhadap pelanggan.

Insiden berlaku apabila pelanggan berkenaan telah membuat bayaran bil Digi pada 29 ogos tapi tiada rekod pembayaran dibuat pada hari tersebut.
Pelanggan berkenaan datang semula ke kedai tersebut untuk meminta penjelasan sebelum insiden mengeluarkan bahasa kasar bermula.

Read more…

GEMPAR! 7 Gambar Saat Cemas Dalam Pesawat Singapura Ketika Menjunam!!

Saat cemas dalam Pesawat Singapura 11 penumpang dan seorang anak kapal Singapore Airlines cedera apabila pesawat yang dinaiki mereka hilang kawalan seketika akibat cuaca buruk dalam penerbangan SQ308 dari Singapura ke London.

Sebelum kejadian berlaku, pramugari sedang menghidangkan makanan kepada penumpang. Namun pesawat tersebut hilang kawalan dan jatuh 20 meter dari ketinggian asal.
Insiden itu menyebabkan makanan yang dihidangkan tertumpah dan mengotorkan pesawat.

Bagaimanapun, anak-anak kapal dan penumpang terdahulu telah dimaklumkan dan diarahkan untuk berada ditempat duduk sebelum insiden itu berlaku.

Seorang penumpang sempat mengambil gambar kesan air kopi tertumpah ke siling pesawat dan memuat naik gambar tersebut di laman Instagram.

Menurut salah seorang penumpang berkata, ketika kejadian itu suasana dalam pesawat amat mengerikan seperti di dalam lift yang menjunam jatuh ke bawah.

Read more…

Imej Baru Anuar Zain Ala-ala Wak Doyok Mengejutkan Peminat

Anuar Zain merupakan penyanyi bersuara lunak yang sememangnya mempunyai ramai peminat. Adik kepada Ziana Zain ini sentiasa menjadi buruan sekiranya mempunyai persembahan ataupun show.

Imej terbaru Anuar Zain kini bermisai dan berjanggut, Ada yang mengatakan imej ini seakan-akan Wak Doyok cuma kumis belum sampai tahap lentik.

Ini kata Anuar Zain kepada Murai:

“Hanya untuk suka-suka mencuba penampilan yang berbeza. Kalau asyik sama tentu saja membosankan,”

Imej ini sememangnya memeranjatkan peminat yang melihat wajah tampan Anuar Zain itu. Nampak lebih maskulin. Memang sesuai juga imej baru ini.

Jom layan gambar Anuar Zain di bawah:

Read more…

Kejadian Bayi Maut Disebabkan Tali Pusat Berulat

Terbaca portal blog mymediahubonline.blogspot.com artikel Bayi maut kerana tali pusat berulat sekeping gambar yang dikongsikan daripada blog tersebut menunjukkan tali pusat bayi yang kelihatan hitam dan berulat di laman Facebook.
Kisahnya,

Maaf ye, saya bukan nak mengaibkan sesiapa. Tetapi saya nak kita semua sedar, inilah akibatnya kalau kita suka-suka dan tak ikut arahan doktor.

Saya dapat picture ini dari kakak ipar saya. Katanya, bayi ini baru saja meninggal disebabkan tali pusat bayi ini berulat kerana taruk ubat tradisional pada pusat bayi ini.

Saya nak ingatkan pada kawan-kawan dan untuk diri saya juga, jangan terlalu memandai kalau tidak pasti kesannya. Baik kita dengar nasihat doktor dan ubat yang disarankan sahaja untuk digunakan.

Jangan pakar macam ni terjadi pada anak-anak kita. Nauzubillah. Kasihan si kecil.

Bagaimanapun, rata-rata netizen menunding jari pada ibu bayi berkenaan kerana tidak mahir menjaga anaknya.

Kebiasaannya bagi wanita yang baru pertama kali bersalin, pasti akan meminta ibu sendiri atau ibu mertua membantu menjaga bayi yang baru lahir. Meskipun orang tua-tua mempunyai petua yang mujarab, lebih baik rujuk segala permasalahan mengenai bayi di hospital atau klinik bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini berlaku.

Sumber

Read more…