Saturday, August 2, 2014

RESPON RAKYAT INDONESIA JIKA MALAYSIA DISERANG ISRAEL

Jiran sebelah Malaysia, Indonesia sememangnya terkenal dengan sifatnya yang tidak menggemari Malaysia. Dari selepas merdeka sehingga sekarang, perkara ini masih dapat dilihat terutamanya di internet.

Ini terbukti dengan motto Indonesia yang masih lagi popular sehingga sekarang iaitu "Ganyang Malaysia" yang masih lagi menjadi sebutan rakyat Indonesia yang tidak berpuas hati dengan Malaysia.

Walau bagaimanapun, respon yang tidak dijangka telah diberikan oleh rakyat Indonesia tentang isu Malaysia-Israel yang dikatakan tegang sejak akhir-akhir ini. Ada antara mereka berkata sanggup berjuang demi Malaysia sekiranya Malaysia diserang israel.

Walau apa pun, terima kasih ke atas sokongan positif yang diberikan oleh rakyat Indonesia. Harapan agar Indonesia tidak berdiam jika saudara serumpunya diserang oleh musuh yang sama. - SiakapKeli.com

Read more…

Meninggal Tapi Masih Boleh Update Status Di Facebook Sehingga Kini [SERAM]

Misteri ini tetap menjadi misteri
Lucu...itu yang mampu aku katakan...

Lihat kronologis lengkapnya sebagai berikut:

update status 1
update status ke2
update status ke3(yang empunya FB la ni)
diZoom update status note owner facebook

Lihat profilnya facebooknya di sini http://www.facebook.com/profile.php?id=100002348061091

Read more…

Bayi Itu Adalah Anak Angkat Saya – Jue Aziz

Menghilangkan diri selama satu tahun nampaknya telah menimbulkan beberapa persoalan orang ramai terhadap Jue Aziz. Tambahan pula apabila Jue Aziz muncul dengan seorang bayi. Ramai yang menganggap Jue menghilangkan diri kerana mengandung. Namun sebenarnya, bayi yang sering dilihat bersama Jue itu adalah anak angkatnya, bukan anak kandung.
Malah Jue Aziz turut mengakui yang dia menyusukan bayi tersebut. Senanglah bila anak angkatnya dah besar nanti. Keputusan untuk mengambil anak angkat ini kerana Jue masih belum menemui jodohnya. Kata Jue kepada Berita Harian:-

Saya bukanlah manusia kejam. Saya ada didikan agama. Takkanlah saya tergamak mengatakan zuriat sendiri sebagai anak angkat. Apa perasaan anak saya apabila besar kelak jika dia tahu perkara sebenar?
Bayi itu adalah anak angkat yang saya bela sejak setahun lalu. Saya teringin memiliki zuriat sendiri, tetapi tuhan belum menemukan jodoh saya. Soal jodoh adalah ketentuanNya, saya tidak tahu bila impian untuk berumah tangga akan tercapai. Jadi saya buat keputusan untuk mengambil anak angkat
Hmmm. Mana tahu dengan kebaikan yang dilakukan oleh Jue Aziz ini, akan ada hati lelaki yang terbuka untuk masuk meminang dirinya. Memang terserlah sisi penyayang Jue ketika bersama anak angkatnya ini. Jue juga turut kecewa apabila keikhlasannya untuk membesarkan anak angkat dipertikai orang ramai.

Jahat sangatkah artis seperti saya hingga tidak layak untuk ambil anak angkat? Bila artis ambil anak angkat, macam-macam cerita orang buat. Lebih teruk ada yang tergamak menuduh itu zuriat saya sendiri di atas keterlanjuran yang dilakukan.
Saya hendak bertanya, adakah selama ini mereka nampak saya bersembunyi? Kalau betul saya mengandung, tentu cerita itu sudah tersebar luas. Secara logik, macam mana saya hendak sorokkan perut yang kian membesar sedangkan hari-hari saya berada di set penggambaran
Pedulikanlah kata-kata orang. Bukan semua orang faham dengan pengorbanan yang kita lakukan. Yang penting, Jue bahagia dengan anak angkat tercinta. Mulut manusia memang tidak boleh ditutup. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar Jue cepat-cepat bertemu jodoh. Jaga anak berdua dengan suami tentu lebih seronok

Read more…

[Info] Jaga-jaga Teknik ‘Tepuk Bahu’ Di Mesin ATM

Jaga-jaga kepada semua pengguna mesin ATM. sentiasa bawa teman atau lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling. kerana sekarang dah ada satu teknik baru untu merompak di mesin ATM ..

Apakah yang dimaksudkan dengan Tepuk Bahu?
Tepuk bahu ialah satu taktik memperdaya dengan menepuk bahu mangsa di mesin ATM dan mengambil kad ATM milik mangsa.
Pada kebiasaannya suspek bergerak secara berkumpulan (2 – 3 orang).
1. Mangsa sedang membuat transaksi di mesin ATM akan disapa dari belakang memberitahu bahawa duit mangsa telah jatuh di atas lantai.
2. Apabila mangsa menoleh, kesempatan ini digunakan oleh suspek yang seorang lagi untuk mengambil kad ATM mangsa dan menggantikan satu kad ATM orang lain.


3. Mangsa kemudian membuat transaksi melalui mesin ATM menggunakan kad tersebut tetapi gagal dan pada masa yang sama suspek telah membuat pengeluaran dengan menggunakan kad ATM mangsa.
4. Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila mendapati wang di dalam akaun telah dikeluarkan tanpa kebenaran


Pihak polis mengingatkan orang ramai supaya jangan melayan sesiapa semasa transaksi dibuat di mesin ATM dan pastikan nombor pin tidak terdedah. – PDRM

Read more…

Kisah Benar : Pelajar Tingkatan 4 Mengaku Menikmati Keseronokan Seks Bersama 8 lelaki!

Hadis Ibnu Abbas r.a: 

Sesungguhnya Nabi s.a.w bertanya kepada Maiz bin Malik. Apakah benar berita yang sampai kepadaku mengenai dirimu itu? Beliau bertanya pula kepada Rasulullah s.a.w, berita apakah itu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Aku mendengar bahawa kamu telah melakukan zina dengan seorang hamba perempuan si anu. Maiz bin Malik menjawab: Memang benar. 

Bahkan dia sendiri mengaku sampai empat kali, bahawa dia memang melakukan zina. Akhirnya Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dilaksanakan hukuman rejam ke atasnya. Hadis Riwayat Muslim
Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.
Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.

Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.

“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya. “Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,”
Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.
Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.

“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru. “Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.

Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.

“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya,”
Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah. Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.

“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa… kawan menjadi penyelamat. “Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,”
Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.

“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah. “Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.

Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.

“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat. “Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,” katanya.
Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.

Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain. Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.

“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi. “Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.

“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,”
katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.

Read more…

Doktor Suruh Buka Baju, Ajak Laku Hubungan Seks

Doktor Suruh Buka Baju, Ajak Laku Hubungan Seks - “Disebabkan mempercayainya, saya hanya mengikut arahan apabila diminta membuka baju dan coli, namun dia meramas buah dada saya hingga saya berasa sakit.

“Saya mula curiga dan takut apabila doktor itu menyatakan saiz buah dada saya besar selain mengajak saya melakukan hubungan seks,” kata ibu tunggal hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 34, yang mendakwa dicabul seorang doktor sebuah hospital swasta, di Johor Bahru.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu ketika dia ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan susulan berikutan masalah darah tinggi, hidung berdarah, sakit perut dan sukar membuang air.Nurul berkata, dia mengenali doktor berusia lingkungan 40-an itu kerana pernah mendapatkan rawatan daripadanya sebelum ini.

Menurutnya, sebelum kejadian mencabul itu berlaku, doktor terbabit mengarahkannya berbaring sambil memberitahu mahu memeriksa tekaknya. – paapaada.blogspot

Read more…