Tuesday, December 2, 2014

Model kanak-kanak Rusia tercantik di abad ini..

 Usia yang muda bukanlah penghalang untuk seseorang menempa nama dalam dunia peragaan dan perkara tersebut dibuktikan oleh seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang sering diberi kepercayaan memperagakan pelbagai produk berjenama.
Kristina Pimenova

Mail Online melaporkan, Kristina Pimenova yang memulakan kerjaya peragaan seawal usia tiga tahun pernah menjadi model untuk jenama terkenal seperti Ro­berto Cavalli, Dolce & Gabbana, Armani dan Benetton.

Dia yang disebut sebagai kanak-kanak tercantik di dunia oleh pengguna laman sosial juga pernah menjadi penghias muka depan majalah berprestij Itali, Vogue Bambini ketika berusia tujuh tahun.

Kejelitaan Pimenova yang memiliki rambut panjang berwarna perang dan sepasang mata berwarna biru, membolehkan dia mengumpul dua juta peminat di laman sosial Facebook.

Orang yang bertanggungjawab membawa Pimenova ke dunia peragaan adalah ibunya, Glikeriya Shirokova yang menguruskan akaun laman sosial dan karier anaknya.

“Kerjaya peragaan Pimenova bermula selepas ramai rakan-rakan ibunya terpesona dengan kejelitaannya dan meminta dia mencuba nasib dalam bidang peragaan.

“Sejak itu dia sangat cintakan dunia peragaan,” menurut status biografi di Facebook Pimenova.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/model-kanak-kanak-rusia-tercantik-di-abad ini#amboBT7XIJmp.dpuf

Read more…

Bacaan al-Quran diperdengar semasa pertabalan Putera Charles?

LONDON 30 Nov. – Seorang biskop kanan Gereja England, mencadangkan bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan pada majlis pertabalan Putera Charles, sekiranya beliau diangkat sebagai pemerintah negara ini.
Harries of Pentregarth

Bekas Biskop Oxford, Harries of Pentregarth berkata, langkah itu akan membolehkan penduduk Islam ‘rasa diterima’ di Britain, sekali gus membuatkan lebih banyak lapisan masyarakat termasuk bukan Islam menerima Putera Charles sebagai pemerintah baharu monarki di negara ini.

Beliau mencadangkan perkara itu ketika sesi perbahasan di Dewan Tinggi Parlimen.

Harries berkata, Gereja England perlu meneruskan peranan mempromosi keharmonian agama dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Beliau berkata, tahun lalu, satu majlis sivik di Gereja Besar Bristol menyaksikan bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan pada acara permulaan satu majlis agama Kristian selepas mendapat persetujuan pihak berkuasa.

“Tindakan itu kreatif, sekali gus menjadikan penganut Islam rasa diterima dan pada masa sama tidak meminggirkan penganut Kristian,’’ katanya.

Sementara itu, pengkritik mengecam idea tersebut dan menuduh Gereja England hilang keyakinan ke atas institusi dan tradisi mereka.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bacaan-al-quran-diperdengar-semasa-pertabalan-putera-charles-1.31104#sthash.OIyn6Sww.dpuf

Read more…